Selasa, 16 Disember 2014

Foto Shahrukh Khan cium bibir Salman Khan jadi kontroversi di India

Foto Shahrukh Khan cium bibir Salman Khan jadi kontroversi di India

Sama seperti kes melibatkan barisan selebriti seluruh dunia, dua aktor hebat ini tidak terlepas
daripada menjadi mangsa manipulasi gambar. -Foto Astro Gempak

Selepas foto Shahrukh Khan dan Salman Khan mencium dahi Arpita Khan menjadi perhatian pihak media dan umum minggu lalu, kini foto panas Shahrukh Khan dan Salman Khan berkucupan bibir pula beredar pantas di India.

Sama seperti kes yang berlaku melibatkan barisan selebriti seluruh dunia, dua aktor hebat ini tidak terlepas daripada menjadi mangsa manipulasi gambar.
Mana tidaknya, gambar asal Shahrukh Khan dan Salman Khan sedang mencium dahi Arpita telah diubah sehingga melihatkan kononnya Shahrukh Khan dan Salman Khan sedang mencium bibir antara satu sama lain.

Foto kontroversi tersebut beredar dengan cepat di laman sosial media sehingga mendapat perhatian Salman sendiri.

Meskipun begitu. Salman tidak cepat melatah sebaliknya menganggap mereka yang memanipulasi foto tersebut tidak pandai untuk menghasilkan sebuah foto kelihatan benar.

“Hasil editing yang cukup teruk. Saya ada versi yang lebih elok. Jauh lebih bagus daripada apa yang anda miliki.

“Lihat sahaja ekspresi Shahrukh Khan. Dia seperti benar-benar menikmati saat kami berciuman,” komen Salman dengan nada tertawa.

Sebelum ini para peminat agak terkejut kerana menganggap gambar tersebut adalah benar. Namun selepas melihat komen balas dari Salman Khan, mereka mula menarik nafas lega dan mengutuk mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.


Salman berhabis jutaan ringgit demi adik perempuan


Salman berhabis jutaan ringgit demi adik perempuan 
 
Majlis perkahwinan Arpita mendapat perhatian umum selepas kemunculan Shahrukh Khan yang 
 
dianggap musuh ketat kepada Salman Khan sejak dahulu lagi.
 
Perkahwinan adik perempuan kepada aktor terkenal Bollywood iaitu Salman Khan iaitu Arpita Khan yang berlangsung pada 18 November lalu di Istana Royal Falaknuma dilihat cukup meriah dengan modal yang besar.

Malah sebagai tanda sayang kepada Arpita, Salman telah menghadiahkan adiknya sebuah kereta mewah jenama Rolls Royce!

Kereta berwarna putih itu dianggarkan sekitar hampir RM1.4 juta dan dihadiahkan khas buat Arpita yang selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya.

Bukan itu sahaja, Salman turut menghadiahkan sebuah pangsapuri mewah yang bakal didiami adiknya bersama suami tercinta sebelum berlangsungnya perkahwinan mereka lagi.

Lebih manis selepas perkahwinan Arpita dan suami, mereka bakal berbulan madu di sebuah lokasi yang masih dirashiakan yang turut dirancang sendiri oleh Salman khas buat mereka berdua.

Perkahwinan Arpita masih belum berakhir kerana dikhabarkan pada 21 November ini Salman telah menganjurkan sebuah majlis khas yang bakal dihadiri ribuan jemputan yang terdiri daripada golongan ternama dan terkenal di India.

Malah sebelum ini, majlis perkahwinan Arpita mendapat perhatian umum selepas kemunculan Shahrukh Khan yang dianggap musuh ketat kepada Salman Khan sejak dahulu lagi.

Namun baru-baru ini mereka dilihat kembali akrab dan cuba melupakan kisah-kisah silam yang berlaku antara mereka.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran