Selasa, 16 Disember 2014
Insiden tebusan berakhir, 3 terbunuh termasuk suspek
SYDNEY – Drama tebusan di pusat bandaraya di sini berakhir dalam suasana cemas dan menyedihkan awal pagi tadi.
Dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh apabila polis Australia menyerbu masuk dalam sebuah kafe bagi menamatkan pengepungan lebih 16 jam apabila suspek menawan 17 orang sebagai tebusan.
Polis berpakaian pasukan SWAT membaling bom tangan dan melepaskan tembakan, selepas sejumlah kakitangan dan pelanggan berjaya melarikan diri.
Pesuruhjaya Polis New South Wales, Andrew Scipione berkata, polis bertindak selepas berbalas tembakan dengan suspek berusia 50 tahun itu dan berjaya dibunuh.
Dua tebusan yang terbunuh ialah Pengurus kafe berkenaan, Tori Johnson, 34, dan pekerja kafe, Katrina Dawson, 38.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, penembak berkenaan menggunakan simbol negara militan (IS), sekaligus membuktikan negara itu terdedah dengan keganasan bermotifkan politik.
"Awal pagi ini, pengepungan berakhir dengan kematian penembak bersenjata dan juga kematian tragik dua tebusan yang tidak bersalah terperangkap dalam tragedi ngeri itu semalam," ujar Abbott
Penembak berkenaan dikenali sebagai Man Haron Monis, pernah didakwa kerana menghantar surat berbaur penghinaan kepada keluarga tentera Australia yang terbunuh di Afghanistan.
"Memang menjadi kebiasaan untuk rakyat Australia singgah di kedai kopi setiap pagi dan adalah sangat tragis untuk mereka tiba-tiba terperangkap dalam insiden seumpamanya.
"Kami amat bersimpati dan bersedih kepada mereka yang terlibat serta ahli keluarga," jelas Abbott lagi yang turut melawat ke memorial di lokasi kejadian.
Antara yang cedera termasuk seorang pegawai polis yang ditembak di muka. – AP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan