Jumaat, 12 Disember 2014

Liow umum nama lima AJK audit bebas KLIA2

Liow Tiong Lai mengadakan sidang media selepas membuat lawatan ke KLIA2, Sepang.
Liow Tiong Lai mengadakan sidang media selepas membuat lawatan ke KLIA2, Sepang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan lima anggota Jawatankuasa Audit Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi menyiasat isu pemendapan di apron lapangan terbang berkenaan.
Jawatankuasa tersebut katanya akan diketuai Presiden Persekutuan Institusi Kejuruteraan Asia dan Pasifik (FEIAP), Datuk Dr. Chuah Hean Teik.


Manakala empat anggota lain ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharrudin Abd Rahman; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Ir Annies Md Ariff; Ketua Pegawai Eksekutif G& P Professionals Sdn Bhd, Datuk Dr. Ir Gue See Sew dan Pengurus Besar Petronas, M Shobri Abu Bakar.

“Penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi menyiasat secara terperinci isu pemendapan di apron KLIA2 yang bertujuan menjamin keselamatan di lapangan terbang berkenaan.

“Saya beri tempoh sehingga separuh pertama tahun depan untuk mereka membuat laporan dan kemudiannya saya akan mengambil tindakan terhadap apa sahaja laporan yang dikemukakan kepada saya,” katanya kepada media selepas membuat lawatan di KLIA2.

Tambahnya, berdasarkan laporan itu, pihak kementeraian akan mengumumkannya kepada orang ramai mengenai tindakan tegas yang akan diambil terhadap mana-mana pihak jika perlu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Seri Mohd Badlisham Ghazali berkata, terdapat tiga pasukan yang telah memulakan kerja mereka sejak Jun lalu.

Bagaimanapun kerja-kerja pembaikan KLIA2 akan berlanjutan sehingga suku pertama 2016.

Tiada ulasan:

Undi anda tidak rahsia? Mengarutlah

HARI ni ambo nak ceritakan sikit pasal isu yang tersebar luas mengenai kebimbangan segelintir pengundi yang mengatakan kononnya parti mem...