SHAH ALAM: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) buat masa ini
tidak terfikir untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat, kata
Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Ujarnya, PasMa belum bersedia untuk bergerak sebagai sebuah parti dan
fokus kepada matlamat asal penubuhannya iaitu untuk menjadi pelobi agar
PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat.
"Sehingga ke peringkat ini, belum ada sebarang perbincangan untuk menjadikan PasMa sebagai sebuah parti politik.
"Kita akan kekal sebagai sebuah NGO sehingga satu perbincangan yang
akan dibuat, berdasarkan perkembangan terbaru politik kita," katanya
kepada Antarapos, hari ini.
Phahrolrazi berkata demikian ketika ditanya adakah PasMa akan mengatur
langkah bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan parti itu
kini mendapat tekanan hebat dari rakan sekutunya dalam gagasan itu.
DAP kelmarin mendesak PAS meninggalkan hudud jika ingin menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
PKR pula menambah cemas PAS apabila dilihat seolah-olah menyebelahi
DAP, apabila berkata hudud bukan agenda Pakatan Rakyat, meskipun parti
itu tidak menolak perundangan Islam itu.
Bagaimanapun, Phahrolrazi yakin kemelut yang dihadapi PAS, PKR dan DAP
akan selesai dan tidak akan sama sekali memusnahkan kerjasama Pakatan
Rakyat yang selama ini terbina.
"PR merupakan satu persefahaman tiga parti dan bukan pertubuhan. Jika
sekiranya mereka tidak boleh mencapai satu pendirian bersama mengenai
sesuatu isu yang menjadi isu pokok, (maka) soal sesiapa keluar dari PR
tidak berbangkit, sebaliknya terbubarnya PR (dengan sendirinya),"
ujarnya lagi.
Kerjasama tiga parti kompenan ini menerusi Pakatan Rakyat sejak 2008,
makin melalui laluan sukar berikutan banyak isu yang tidak dipersetujui
bersama.
Antaranya isu pelantikan Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan
Sri Khalid Ibrahim, keengganan PAS mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat, terbaru perebutan kerusi
timbalan speaker 2 DUN Selangor dan banyak lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan