Sabtu, 9 Julai 2011

Lembu-lembu kuning diberi layanan VVIP

















Lembu-lembu berotak kuning yang ditahan polis ketika mengadakan tunjuk perasaan dalam kumpulan haram Bersih di sekitar ibu negara hari ini diberi layanan yang amat istimewa oleh pasukan keselamatan.

Gambar-gambar yang dipaparkan polis melalui laman sosial Facebook menunjukkan banduan kuning itu diberi jamuan yang sedap-sedap di bawah khemah disediakan, termasuk menyediaakan Pegawai Perubatan untuk memberi rawatan kesihatan kepada banduan yang cedera atau kurang sihat.

Kalau begini layanan polis, insya-Allah tahun depan ataupun dekat-dekat edah
pilihan raya umum nak diadakan, pembangkang akan berhimpun secara haram lagi mendesak kerajaan dan puak-puak lembu yang diberi layanan istimewa oleh polis ini akan datang lagi membuat kacau bilau.

Bagi mereka kenapa perlu ditakutkan. Baik serah diri kepada polis, boleh makan percuma, duduk bawah khemah yang selesa dan ada doktor serta jururawat membuat rawatan kesihatan.

Tiada ulasan: