KUALA LUMPUR 5 Julai – Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.
Salah seorang trio ‘Datuk T’, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, siasatan itu perlu dilakukan memandangkan Anwar membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah ‘pelakon’ dalam rakaman berkenaan.
Sedangkan, kata beliau, bukti daripada laporan forensik oleh dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) menunjukkan individu dalam rakaman tersebut adalah 99.9 peratus menyamai Anwar.
“Ia bermakna, Anwar membuat satu laporan palsu. Oleh itu pihak polis dan penguatkuasa undang-undang tidak boleh membenarkan laporan-laporan palsu ini dibuat oleh mana-mana warganegara lebih-lebih lagi mereka yang bertaraf pemimpin.
“Saya suka menyebut semula kenyataan peguam, Datuk Muhammad Shafie Abdullah di mahkamah ketika kes ini dibicarakan bahawa salah satu kesalahan jelas yang dibuat oleh Penasihat PKR ini ialah dia membuat satu laporan polis yang sama taraf dengan kenyataan bersumpah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Pada 24 Jun lalu, Abdul Rahim bersama Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menayangkan secara terbuka benda lucah iaitu adegan hubungan seksual antara seorang lelaki dengan seorang perempuan.
Kejadian itu didakwa dilakukan di antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, pada 21 Mac lalu di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, di sini.
Melalui fakta kes yang dibentangkan ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu dua pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS telah menjalankan analisis ke atas rakaman video berkenaan.
Mereka iaitu Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani mengesahkan bahawa rakaman video adalah tulen iaitu tidak ada sebarang tampering (diubah-ubah) dan superimpose (pertindihan imej) dilakukan.
Analisis pengecaman wajah oleh pakar tersebut terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video yang berasal daripada alat perakam yang dirampas juga mendapati ia menyerupai Anwar.
Pada 28 Apri lalu, Anwar membuat laporan polis menafikan beliau merupakan pelaku dalam rakaman video seks tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, laporan palsu merupakan satu kesalahan yang amat besar dan mesti diberi perhatian oleh pihak pemerintah khususnya Pejabat Peguam Negara.
“Kalau saya telah berkorban dan membayar denda RM1,000 yang dikenakan oleh sistem kehakiman, pelakonnya pula bagaimana?
“Takkanlah orang yang mendedahkan sesuatu demi memelihara kepentingan negara dihukum sedangkan pelakunya tidak dihukum walaupun telah melakukan kesalahan?” katanya.
Beliau turut menggesa pihak Peguam Negara untuk melihat kes ini dengan lebih serius demi menegakkan kebenaran – Utusan Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan