Oleh SALWA SHA'ARI
SHAH ALAM: Kamaruddin Shamsuddin yang merupakan pemandu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya didakwa telah menghubungi anak saudaranya, Khairul Izwan Ismail dan memaklumkan bahawa dia berada di Banting, dekat sini pada hari dia dilaporkan hilang dan dibunuh.
Khairul Izwan, 30, yang merupakan seorang guru di Kuantan, Pahang memberitahu, panggilan tersebut diterimanya pada pukul kira-kira 5 petang, 30 Ogos 2010 dan mereka sempat bergurau dalam perbualan tersebut.
"Dia mahu tahu saya berada di mana kerana saya janji mahu tidur di rumahnya. Saya tiada saudara-mara lain di Kuala Lumpur, maka jika saya datang ke sini, saya akan tidur di rumahnya.
"Saya dari Johor dan pak cik beritahu untuk menghubunginya jika telah sampai di Kuala lumpur. Saya juga sempat bertanya dia berada di mana, dan dia beritahu di Banting. Kami juga bergurau dan kemudian dia matikan telefon," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff.
Suara saksi pendakwaan kesembilan yang perlahan juga beberapa kali ditegur oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir untuk menjawab soalan yang diajukan dalam nada suara yang kuat.
"Kamu seorang guru, sepatutnya suara kamu kuat untuk mengajar," kata Akhtar pada Selasa.
Menjawab soalan peguam Manjeet Singh Dhillon, saksi berkata, Kamaruddin mula bekerja dengan Sosilawati selepas ahli perniagaan yang berasal dari Johor itu bercerai dengan vokalis kumpulan Lefthanded, Nash.
Majeeet: Saya tidak tahu bila mereka bercerai? Siapa itu Nash?
Khairul Izwan: Sejak tiga tahun lalu.
Manjeet: Kamu tahu apa kerja yang dibuat oleh pak cik kamu dengan Sosilawati?
Khairul Izwan: Ya, saya tidak tahu.
Perbicaraan juga menyaksikan kakak kepada Kamaruddin Shamsuddin, Zaidah, 52, memberitahu dia ada membuat laporan polis mengenai kehilangan adiknya pada 6 September 2010 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang tidak dikenali.
"Wanita beritahu adik saya hilang. Dia tidak beritahu namanya," katanya dan menambah, mengetahui bahawa adiknya telah meninggal dunia melalui berita-berita yang dilaporkan oleh akhbar.
Zaidah juga memberitahu, dia tidak begitu mengetahui perihal Kamaruddin kerana lelaki tersebut adalah seorang yang pendiam.
Sementara itu, saksi pendakwaan kelima, jurufoto di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Lans Koperal Kasmir Luntuk, 25, memberitahu bahawa dia telah mengambil 145 keping gambar serpihan tulang di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur pada 17 September 2010.
Semua gambar tersebut yang dirakamkan dengan menggunakan kamera digital kemudiannya disimpan di dalam cakera padat (CD).
Dalam kes ini, seorang peguam, N. Pathmanabhan, 42, dibicarakan bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thailayangan, 20; R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan Kamaruddin, 44.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.
Semua mangsa dikatakan hilang selepas berkunjung ke Banting untuk bertemu dengan seorang peguam bagi mempercepatkan tarikh dua keping cek berhubung pembelian tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang yang didakwa berharga RM29 juta.
Perbicaraan akan bersambung pada Rabu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan