Jumaat, 24 Jun 2011

Kronologi kes video seks Anwar














Berikut adalah fakta kes Trio Datuk T yang dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung penyebaran klip video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

FAKTA KES: 1. Pada akhir Februari 2011, Syazryl pergi berjumpa dengan Shuaib di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warga negara China.

2. Shazryl dan Shuaib berbincang sesama sendiri dan bersetuju untuk berjumpa Rahim berkenaan kandungan peranti itu berikutan ia sensitif dan membabitkan kepentingan negara.

3. Shazryl dan Shuaib berjumpa dengan Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Selepas berbincang mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan itu, Rahim mencadangkan tayangan video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Shazryl dan Shuaib.

5. Pada 19 Mac 2011, Rahim menghubungi seseorang bernama Haji Kamarulail Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, KL dan menempah bilik Seri Makmur di atas nama Rahim bermula dari hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Shazryl telah meminta Ketua Wartawan The Star, Sirajinisa Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir ke Hotel pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa menyebarkan jemputan kepada wartawan dan wartawan-wartawan membuat sebaran kepada wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011 ramai penyunting akhbar dan wartawan tiba di hotel itu seawal jam 9 pagi. Shazryl meminta Shuaib menapis wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk bilik Seri Makmur bagi menyaksikan tayangan video itu.

10. Pada jam 10 pagi, penayangan video mengandungi adegan lucah ini kemudian dilakukan oleh Shazryl menggunakan LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Shazryl . Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Shazryl memberi penerangan mengenai rakaman video itu dan menerangkan gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warganegara China. Shuaib juga hadir sepanjang masa penayangan di bilik itu. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan saja yang dibenarkan menontonnya.

11. Tayangan mengambil masa antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya seramai 13 wartawan menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12 tengah hari.

12. Pada 22 Mac 2011, Anwar membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut .

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4 petang, sidang media dilakukan oleh Shazryl dan Rahim di Hotel Impiana KLCC. Dalam sidang media itu Shazryl dan Rahim mengaku mereka bersama Shuaib bertanggung jawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5 petang, Shazryl dan Rahim datang ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan dijalankan. Shazryl menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warga negara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Shuaib menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan memberi kerjasama dalam siasatan dijalankan.

16. Keterangan mendapati rakaman itu diambil dalam sebuah bilik apartment di Ampang, KL

17. Polis mendapatkan rakaman CCTV di apartment itu dan mendapati kehadiran Anwar bersama Shazryl di lobi apatment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New York, Hampshire Amerika Syarikat mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan super impose serta berasal daripada satu alat perakam DVR yang dirampas dari Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan Facial Recognition Analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati menyerupai Anwar.-Berita Harian

Tiada ulasan: