Khamis, 21 Ogos 2014

Herman Tino ajak rakyat berdiri teguh belakang Sultan


Krisis politik di Selangor turut memberi kesan kepada anak seni dan rakyatnya apabila rakan-rakan di negeri lain mentertawakan mereka berhubung keretakan kepimpinan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Ketika menyatakan rasa kecewa dan kesal dengan keadaan itu, penyanyi Herman Tino berkata, beliau terkejut dan tidak menyangka sama sekali pemimpin dalam pakatan pembangkang boleh sepakat untuk menjatuhkan rakannya sendiri.

Beliau yang juga Pengurus Anak Seni Tanjung Karang berkata, keseluruhan rakyat Selangor hari ini berada dalam keadaan tidak tenteram kerana Menteri Besar mereka, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hendak dijatuhkan oleh pihak yang berkepentingan.

Katanya, 75 peratus daripada 14 Menteri Besar Selangor sejak tahun 1949 tidak ada seorang pun daripada mereka, sunyi daripada perbuatan cemar, tercemar dan dicemari.

“Saya rasa sangat bosan. Hampir 75 peratus Menteri-Menteri Besar Selangor tercemar dan dicemari. Mereka termasuklah dari Barisan Nasional (BN) mahupun pakatan pembangkang,” katanya.

Sehubungan itu, sebagai pengajaran kepada apa yang berlaku hari ini, beliau menyeru rakyat Selangor keluar dari menjadi keahlian mana-mana parti politik untuk berdiri atas pagar dan memberi sokongan penuh kepada Sultan Selangor.

Ini kerana, katanya, hanya Sultan Selangor sahaja yang dapat menentukan siapakah paling layak menjadi Menteri Besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hendak dijatuhkan oleh pakatan pembangkang.

“Kita kena berdiri teguh di belakang Tuanku Sultan. Kita mengharapkan baginda dapat membuat keputusan yang tepat dengan mengambil kira Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan kehendak anak jati Selangor,” katanya.

Tiada ulasan:

Undi anda tidak rahsia? Mengarutlah

HARI ni ambo nak ceritakan sikit pasal isu yang tersebar luas mengenai kebimbangan segelintir pengundi yang mengatakan kononnya parti mem...