Ini dapat dilihat melalui tindakan ketara beberapa ADUN di Selangor
yang secara tiba-tiba menyatakan pendirian mereka untuk tidak lagi
mempunyai kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai Menteri Besar negeri
itu.
Pendirian itu dinyatakan beberapa ADUN berkenaan menerusi surat
akuan yang ditulis lengkap dengan nama, nombor kad pengenalan,
kerakyatan, alamat rumah dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
diwakilinya.
Walaupun surat akuan yang didedahkan itu dikaburkan pada namanya
termasuk alamat tempat tinggal dan kawasan DUN diwakili, namun secara
rambangnya perkataan dan ayat yang dikaburkan itu boleh dibaca serta
dikenal pasti siapa ADUN berkenaan.
Sumber memberitahu MalaysiaGazette, beberapa keping surat
akuan itu sudah diserahkan kepada Abdul Khalid dan beberapa pegawainya
sedang meneliti kesahihan surat berkenaan, sebelum sebarang tindakan
berhati-hati diambil.
"Jika benar surat akuan ini sahih, saya menyifatkan ADUN ini adalah dari jenis manusia yang mementingkan diri.
"Saya kata begitu kerana ketika ketuanya dalam keadaan selesa,
mereka memberi sokongan, mereka puja dan puji, tetapi apabila ketuanya
dalam keadaan lemas, mereka cabut lari.
"Bukan setakat lari, mereka menunjukkan perangai buruknya dengan
berpihak dan memberi sokongan kepada bakal ketua baru yang dilihatnya
ada harapan untuk memegang jawatan Menteri Besar," kata sumber itu.
Beliau mengulas tindakan beberapa ADUN, yang dikenal pasti dari PKR
telah menandatangani surat akuan, mengesahkan mereka memberi
kepercayaan penuh kepada Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai
Menteri Besar Selangor.
Dalam surat akuan itu, ADUN berkenaan mengakui bahawa apa-apa yang
dinyatakan adalah benar serta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960.
Reputasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sejak akhir-akhir ini
semakin teruk apabila seorang demi seorang pemimpin dalam PKR yang
mendapat sokongan kuat daripada DAP mula berani membelakangkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan