KENYATAAN MEDIA PKR DAN DAP - 26 OGOS 2014
PELANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR
KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR
KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur
dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’
Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku
Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari
ini.
Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan
konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam
pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.
DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan
Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri
Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu
disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7
Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang
diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.
Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan
konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri
Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan
Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor
dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh
DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku
Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan
Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat
dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan
Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).
KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN
TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan