- Dianggarkan sejumlah enam hingga lapan lelaki bersenjata menyerang restoran popular di Dhaka pada Jumaat.
- Polis melaporkan telah berjaya membebaskan 20 hingga 30 tahanan termasuk kanak-kanak.
- Seorang penyerang dilaporkan cedera, ditahan dan dibawa ke hospital. Kumpulan Daish (IS) mendakwa telah membunuh 24 tawanan.
- Laporan belum disahkan mendakwa 50 anggota polis cedera termasuk dua yang terbunuh
- Penyerang dikatakan membawa pedang dan bahan letupan, kata seorang pengurus restoran
Pasukan
keselamatan Bangladesh menyerbu masuk restoran di tengah-tengah ibu kota
Bangladesh, Dhaka yang ditawan kumpulan penyerang bersenjata pada malam
Jumaat (waktu tempatan) di mana sekumpulan tawanan termasuk warga asing
menjadi tebusan.
"Operasi telah bermula. Pasukan komando telah menyerbu restoran," seorang pegawai berkata.
Seorang jurugambar AFP yang berada di lokasi berkata, dia mendengar bunyi
tembakan yang kuat dan letupan ketika pasukan keselamatan melancarkan
operasi membebaskan tebusan selepas drama berlarutan lebih 10 jam.
Polis buat persediaan untuk melancarkan operasi
Polis Bangladesh membuat persediaan untuk melancarkan operasi untuk menamatkan krisis tebusan pagi ini, menurut laporan Reuters.
Puluhan tebusan ditahan antara 6 hingga 8 individu bersenjata, juga dilengkapi bahan letupan
Dozens of hostages are being held by 6 to 8 attackers, armed with guns & explosives, in restaurant in Dhaka. #9Today https://t.co/I2IbhSJNFE— The Today Show (@TheTodayShow) July 1, 2016
Seven Italians among hostages in Dhaka cafe attack: Italian state TV https://t.co/CZG5AvvCrj pic.twitter.com/JS4KumAN5h— Reuters World (@ReutersWorld) July 1, 2016
Kumpulan
Daish (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di sebuah
restoran di ibu kota Bangladesh, Dhaka pada malam Jumaat yang
menyaksikan pertempuran tercetus di antara pihak polis dan kumpulan
penyerang.
Sekurang-kurangnya dua anggota polis disahkan terbunuh dalam serangan itu.
Sekurang-kurangnya dua anggota polis disahkan terbunuh dalam serangan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan