Jumaat, 29 Julai 2016

Kanak-kanak 7 tahun mati terkena batu yang dibaling gajah



Morocco: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun maut selepas terkena batu yang dibaling oleh seekor gajah dari kandang Zoo Rabat Morocco pada petang Selasa.

Metro.co.uk melaporkan, ketika kejadian, bapa kanak-kanak itu sedang mengangkat kanak-kanak itu untuk mendukungnya sementara gajah itu mengambil seketul batu dan membaling ke udara.

Batu itu terkena bahagian belakang kepala kanak-kanak itu, menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia kerana kecederaan itu.



Seorang jurucakap zoo terbabit mengucapkan takziah kepada keluarga gadis itu, namun menafikan zoo itu bertanggungjawab atas kematian kanak-kanak terbabit.

"Insiden seperti ini sangat jarang berlaku", katanya dalam satu kenyataan memetik laporan Morocco World News.

"Kemalangan seperti ini juga pernah berlaku di zoo antarabangsa; yang terbaru di Disney World Orlando an di Cincinnati Zoo di U.S", katanya lagi.

Tiada ulasan:

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...