Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan beliau memilih untuk
menamatkan karier politiknya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak membuat keputusan untuk memindahkannya ke kementerian lain.
Katanya, beliau pada asalnya hanya membuat keputusan untuk tidak
bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14, namun mengubah keputusan untuk
meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan kedua.
"Pada 27 Jun (2016), selepas mesyuarat Majlis Ekonomi, saya bertanya
perdana menteri, adakah benar PM akan menukar portfolio saya dalam
rombakan Kabinet yang akan diumumkan pada petang itu?
"PM mengesahkan saya akan ditukar portfolio.
"Saya memaklumkan PM bahawa saya telah tetapkan dalam fikiran bahawa
saya akan mengakhiri dunia politik di Kementerian Kewangan," katanya
seperti dilapor Berita Harian.
Sehubungan itu, kenyataan tersebut juga seperti mengesahkan spekulasi
yang dibuat blogger Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Husni
meletakkan jawatannya kerana kecewa apabila Najib ingin memindahkannya
ke Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Akhbar itu melaporkan, Husni menjelaskan beliau membuat keputusan
sedemikian memandangkan hanya mempunyai tempoh perkhidmatan selama satu
setengah tahun.
Katanya lagi, sekiranya beliau ditukar ke portfolio lain dalam tempoh
berkenaan, ia tidak mencukupi untuk membolehkannya berkhidmat dengan
efektif.
Selain itu, anggota parlimen Tambun itu berkata, beliau juga perlu
menghadiri pelbagai acara sekiranya perlu berkhidmat di usianya yang
lewat 60-an sedangkan Husni berkata, beliau ingin melalui fasa lain
dalam kehidupannya.
"Saya berasakan dunia pekerjaan kini lebih sesuai dilaksanakan oleh
generasi yang lebih muda daripada diri saya. Dengan umur mencapai 60-an,
adakah saya patut meneruskan perkhidmatan?
"Kerja-kerja sebagai menteri kewangan II begitu rumit membabitkan antara
lain menguruskan Dasar Fiskal, bajet, memantau kedudukan kewangan,
hutang negara, tender, 1MDB, syarikat-syarikat kewangan diperbadankan,
menentukan harga minyak di pasaran, memantau pasaran kewangan serta
pasaran modal, serta menghadapi pelbagai isu persepsi," katanya.
Najib pada 27 Jun lalu mengumumkan rombakan kabinet kali ketiga sejak
menerajui negara. Najib juga mengumumkan 'kenaikan pangkat' Datuk Johari
Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri kewangan
kedua bagi menggantikan Husni yang meminta untuk berundur atas sebab
peribadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa melan...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan