Jumaat, 22 Julai 2016

Malaysia terpahat negara korupsi maha dahsyat dalam sejarah dunia

DATO' MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
1. Tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang untuk menyita hartanah bernilai AS1 bilion (RM4 bilion) dan dana 1MDB yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan setakat ini oleh Peguam Negara Amerika Syarikat berjumlah AS3.5 bilion (RM14 bilion) yang dikaikan dengan penyalahgunaan dana 1MDB adalah suatu yang sangat memalukan Malaysia. Ini disebabkan Malaysia dilihat gagal dalam mengambil tindakan undang terhadap penjenayah tingkat tinggi dan gagal menyelamatkan wang dan harta negara.

2. Tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah menimbulkan persoalan apa jadi dengan institusi penyiasatan dan perundangan Malaysia. Ini menunjukan cengkaman kuasa politik ke atas institusi tersebut serta korupsi dedak telah berakar umbi dalam institusi penyiasatan dan perundangan negara sehingga gagal menyelamatkan Malaysia.

*PARLIMEN PERLU SEGERA BERSIDANG MELANTIK PEGUAM NEGARA*

3. Sepanjang timbulnya isu 1MDB dilihat semua institusi penyiasatan dan perundangan negara termasuk anggota Kabinet telah menjadi pelindung kepada jenayah 1MDB. Ini merupakan satu malapetaka besar negara akibat cengkaman politik dan dedak menguasai politik Malaysia.

4. Kesannya hari ini kejatuhan Ringgit Malaysia dan dipercayai kejatuhan yang lebih buruk akan berlaku. Paling memalukan siasatan yang dilakukan oleh penyiasat Amerika Syarikat dengan merujuk kepada laporan siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia, sedangkan pihak berkuasa Malaysia tak mampu mengambil apa-apa tindakan undang-undang ke atas pencuri wang 1MDB milik rakyat Malaysia.

5. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memanggil sidang khas Parlimen selama empat hari bukan untuk memberi peluang Najib memberi penjelasan, tetapi untuk dikemuka dan diluluskan satu usul atas nama kerajaan atau usul persendirian bagi mencadang pelantikan Peguam Negara yang baru dan menyerahkan kepada Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan mengarahkan semua pihak membuka kembali kertas siasatan, dan Peguam Negara bolehlah secara bebas untuk mengambil langkah mengheret pencuri wang 1MDB milik rakyat Malaysia ke muka pengadilan.

6. Tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja di waktu sebegini kerana kes telah melalui penyiasatan yang panjang dan ianya akan melambat lagi penyelesaian kes 1MDB yang menjadi Beban Negara (BN).

Tiada ulasan: