Ahad, 18 Mei 2008

Ginilah sandiwara UMNO

Manzaidi menulis:
Siapa kata menyertai politik dan menjadi pemimpin suatu kerjaya menarik, seronok, bagus, baik, ada class, standard, disegani kawan dan lawan, dihormati, disanjung, dipuja, dipuji?

Pada saya, semua itu hanya benar jika kita berada di tempat yang tinggi. Memegang jawatan tinggi dan menjadi orang penting dalam kerajaan dan negara. Ketika itu, apa saja yang kita buat, semua juak-juak dalam parti akan menyatakan sokongan, setuju, akur dan macam-macam lagi yang ada kaitan dengan 'yes bos' atau boss is always rights, walaupun boss itu telah melakukan kesalahan.

Ketika kita di atas dan ada kuasa, pantang kalau ada orang tegur sikit, mulalah juak-juak dalam parti bingkas bangun bangkit membela kita habis-habisan. Tidak cukup dengan mengutuk, mereka mengecam lagi pihak berkenaan dengan bermacam-macam amaran. Sampai kecut perut orang yang mengkritik kita itu. Betapa 'bersemangatnya' juak-juak ini.

Hatta, ketika itu kalau kita suruh mereka cium punggung kita yang belum cuci dari beristinja pun mereka sanggup. Semuanya dikatakan sedap dan wangi walaupun busuknya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Begitulah 'semangat kental' juak-juak dalam UMNO.

Semua itu dilakukan ketika kita mempunyai kuasa dan berkedudukan tinggi. Tetapi setelah kita berundur dan memberi kuasa kepada pengganti... dan pada masa sama kita menegur kepincangan yang dilakukan oleh pengganti, maka juak-juak ini yang dahulunya menyokong kita telah berpaling tadah.

Tidak semena-mena mereka mengecam dan mengutuk kita yang bergelar mantan dan tidak lagi mempunyai kedudukan dan kuasa. Kita dituduhnya nyanyuk, Kita dicap sebagai penderhaka. Mereka cari kesalahan kecil kita untuk diperbesarkan. Dan tidak cukup dengan itu, diseretnya kita ke mahkamah.

Siapa mereka? Juak-juak inilah juga. Juak-juak yang suatu ketika dahulu 'lantang menyuarakan pendirian untuk berdiri teguh di belakang kita'.

Benar, mereka bukan sahaja berdiri di belakang kita, tetapi turut menikam diri kita dari belakang lagi. Betapa cepat dan pantasnya juak-juak ini berpaling tadah. Dalam sekelip mata sahaja segalanya mungkin berlaku.

Saya jadi takut untuk terlibat dalam politik. Semuanya nampak elok, baik, sempurna, cukup sifat, mulia, super hero ketika kita ada kuasa. Bila kuasa dah habis, yang elok nampak jahat. Yang baik nampak tak sempurna dan yang mulia nampak macam setan.

Inilah yang berlaku kepada Tun Dr. Mahathir. Ketika dia berkuasa. Tidak ada seorang pun di kalangan pemimpin mengutuk dan mencercanya. Semuanya memuji memuja melambung tinggi hampir mencecah langit.

Kini setelah Tun dah hilang kuasa, pemimpin-pemimpin inilah juga yang mengecam dan mengutuknya. Beginikah perangai pemimpin UMNO? Kalau benar, ia menakutkan generasi baru untuk menyertai parti itu. Mereka takut bila ada kuasa dipuji, bila dah tak ada kuasa dikutuk.

Pak Lah pun kena hati-hati jugak. Ketika dia pegang jawatan PM, tak apalah masih lagi ada yang akan back-upnya habis-habisan. Orang tuduh dia kayakan menantu, juak-juak parti tak percaya. Orang kata dia ada saham dalam bisnes itu bisnes ini, juak-juak masih tetap tak percaya. Malah mereka kata, Pak Lah suci. Suci dalam debu barangkali yang nak dimaksudkan.

Selepas ini bila Pak Lah dah habis power, rasanya semua bisness yang anak menantunya miliki akan diselongkar dan diheret ke mahkamah.

Bolehkah UMNO terus maju sebagaimana senikata lagu UMNO? "Umno terus maju...untuk rakyat Malaysiaaaa...."

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tetap sokong TUn walaupun TUn dah kuar dr UMNO...

-syafina-