Sabtu, 31 Mei 2008

Satu lagi tindakan bodoh seorang menteri. Ikuti kisahnya:-


Kerana prinsip… Menteri Belia dan Sukan minta Mokhzani letak jawatan.

Begini kisahnya:-
1. Majlis pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah diadakan di podium Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya petang Jumaat lalu.
2. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir.
3. Majlis itu sepatutnya bermula jam 4.30 petang dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
4. Bagaimanapun, di tingkat atas bangunan kementerian itu, Ismail Sabri sedang mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet kementeriannya bermula jam 3 petang lagi dan berlarutan sehingga jam 6 petang.
5. Di tingkat bawah pula, setelah menunggu sehingga jam 5 petang, majlis itu terpaksa dimulakan tanpa kehadiran menteri.
6. Akhirnya mengapa Ismail Sabri tidak muncul walaupun majlis berkenaan cuma di bawah bangunan itu saja terjawab ketika sidang akhbar selepas mesyuarat pasca-kabinetnya.
7. Katanya, dia tidak hadir kerana semata-mata soal prinsip. Ini kerana, katanya, tindakan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu umum keluar UMNO pada 21 Mei lalu.
8. Mokhzani ialah ahli UMNO Bahagian Merbok.
9. Mokhzani umum keluar UMNO sebagai mengikut jejak bapanya yang umum keluar parti pada majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star pada 19 Mei kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri.
10. Kata Ismail Sabri , "secara prinsipnya", bila Mokhzani keluar daripada UMNO kerana tidak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, itu bermakna beliau (Mokhzani) juga tidak yakin dengan saya (Ismail) sebagai menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri".
11. "Jadi mengapa saya perlu menghadiri majlis tersebut. Bukannya saya tidak suka sukan permotoran, tetapi sebagai menteri kerajaaan, tidak kenalah... bila Mokhzani turut hadir," kata Ismail.
12. Serentak dengan itu beliau meminta Mokhzani supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi SIC atas alasan jawatan itu adalah hak kerajaan.
13. "Jawatannya itu adalah hak kerajaan. Bila dia (Mokhzani) keluar UMNO, secara prinsipnya, beliau kena lepaskan jawatan dalam kerajaan," katanya merujuk kepada SIC yang merupakan anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.
14. Sementara itu, Mokhzani yang juga bekas Bendahari Pemuda UMNO berkata, beliau tidak akan letak jawatan kerana tiada arahan daripada MAHB atau Kementerian Kewangan.
15. Katanya, Ismail Sabri sepatutnya merujuk soal peletakan jawatan kepada MAHB atau Kementerian Kewangan.
16. "Sehingga kini, selepas keluar UMNO pada awal Mei, tiada arahan bagi saya melepaskan jawatan sekarang.
Oleh itu, saya tetap menjalankan tugas sebagai Pengerusi SIC," katanya.
17. Beliau berkata, jika Perdana Menteri sendiri mahu beliau berhenti, Abdullah mempunyai hak berbuat demikian melalui 'surat peletakan jawatan tanpa tarikh' yang diserahkannya pada 2006.
18. "Menjadi amalan saya, bila saya dilantik ke jawatan sukarela sebagai Pengerusi SIC... tanpa gaji, pada masa sama, saya menyerahkan surat peletakan jawatan, tetapi tanpa tarikh.
19. Apa yang perlu dilakukan ialah mengisi tarikhnya sahaja," katanya.
20. Mokhzani dilantik menjadi Pengerusi SIC pada 2003 menggantikan Tan Sri Basir Ismail yang merupakan Pengerusi SIC yang pertama.
Dalam perkembangan berkaitan, Tun Dr Mahathir Mohamad kata, jawatan yang dipegangnya di Petronas dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan UMNO.
Katanya, bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein dulu adalah Pengerusi Petronas sekalipun tidak sertai UMNO (baru).
Beliau sendiri tidak akan letak jawatan walau sudah keluar UMNO kecuali ‘ditendang’, kata Dr Mahathir ketika menjawab soalan wartawan selepas menghadiri forum politik di Petaling Jaya.
Mengulas mengenai anaknya Datuk Mukhriz akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana melanggar disiplin parti bertelingkah dalam akhbar, Dr Mahathir kata, beliau tak percaya pada lembaga itu.
Bekas Perdana Menteri itu bagi contoh kesnya masa bertanding nak jadi perwakilan UMNO Kubang Pasu dulu. Katanya, walaupun ada laporan berlaku sogokan, tetapi lembaga itu kata tak ada kes.

Tiada ulasan: