Manzaidi menulis:
SEBENARNYA UMNO, sebuah parti yang memperjuangkan orang Melayu sudah lama berkubur. ‘Jenazahnya disemadikan’ bersama-sama dengan jasad pengasas dan pemimpinnya, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Al-Fatihah.
UMNO yang ada sekarang, yang kecuh sepanjang masa dan tidak pernah sunyi daripada krisis itu ialah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1998 oleh mantan presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Parti yang menjadi rebutan golongan berpengaruh dan kaya raya itu ditubuhkan setelah Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO yang dilahirkan pada 1946 sebagai haram.
Serentak pengharaman UMNO 1946 dan penubuhan UMNO 1998, kedudukan orang Melayu tidak lagi seperti dahulu. Banyak perubahan atau anjakan paradigma tidak menguntungkan bangsa berlaku.
Perbezaan pendapat sesama sendiri, kaki bodek dan ‘yes boss’ tumbuh bagai cendawan selepas hujan, dan paling ketara ramai berlumba-lumba merebut jawatan bukan kerana hendak membela rakyat, tetapi untuk kepentingan diri.
Itu berlaku dalam UMNO baru. Sekarang parti itu sudah berusia 10 tahun, bukan 62 tahun seperti disangkakan. Keahlian pertama UMNO baru ialah Tun Dr. Mahathir, bukan Allahyarham Onn Jaafar , Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak atau Tun Hussein Onn.
Hakikat yang harus diterima ialah UMNO 1946 sudah bersemadi selama-lamanya bersama pejuang terdahulu.
Sepanjang tempoh 10 tahun, UMNO baru tidak pernah sunyi daripada kemelut, krisis dan perbalahan.
Berlaku pemecatan keahlian dan pengguguran Ketua-ketua Bahagian sewenang-wenangnya selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003, manakala pandangan dan teguran mantan pemimpin dicapkan sebagai melawan parti atau berpihak kepada pembangkang.
Semua itu berlaku bukan disebabkan salah laku pemimpin berkenaan, sebaliknya berpunca daripada sifat iri hati dan dengki yang menebal dalam hati serta wujud perasaan takut kepada bayang-bayang sendiri apabila melihat orang lain lebih popular daripada diri sendiri.
Itulah senario kepemimpinan dalam UMNO baru. Berbeza dengan UMNO 1946. Ketika itu tidak ada seorang pun di kalangan nenek moyang kita sanggup berbalah atau bermasam muka hendakkan jawatan.
Malah, kalau dipilih oleh pucuk kepemimpinan parti sekalipun, mereka akan menolaknya dengan baik. Mereka membuat pengakuan secara terbuka bahawa mereka tidak mampu memikul tanggungjawab dan amanah parti.
Sekarang sikap, sifat dan prinsip itu sudah hilang dalam jiwa orang Melayu. Melayu yang ada sekarang ialah Melayu yang hatinya telah dikuasai sifat iri hati, sikap tamak haloba dan berprinsip biar orang lain jatuh, asalkan aku naik. Ini kenyataan. Ini yang berlaku dalam UMNO masa kini.
Justeru, peristiwa hitam bagi UMNO pada pilihan raya umum 8 Mac lalu membuktikan segala-galanya. Orang Melayu menunjukkan kemarahan mereka kepada UMNO dengan memberi kemenangan mutlak kepada parti pembangkang untuk mentadbir lima negeri termasuk Kelantan.
Post mortem menunjukkan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan kerana hendak memberi kesedaran kepada kepemimpinan parti, tetapi malangnya isyarat itu ditepis oleh dengan 1001 alasan.
Mereka masih lagi menyatakan UMNO masih kuat. Melayu masih menerima UMNO dan UMNO masih parti ulung membela orang Melayu. Kuatkah sehingga lima negeri tumbang kepada pembangkang. Melayu terimakah sehingga pembangkang menang dan ulungkah parti kalau orang Melayu masih mundur.
Ini antara faktor kenapa Tun Dr. Mahathir keluar parti. Beliau berbuat demikian bukan kerana suka-suka, tetapi disebabkan kecewa amat sangat dengan kepemimpinan sekarang yang disifatkan tidak berjuang mengikut matlamat, dasar dan objektif sebenar penubuhan UMNO.
Tun Dr. Mahathir telah menerima nasib sama seperti Jaafar Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Mungkinkah selepas ini presiden sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut tersenarai sebagai pemimpin yang akan keluar parti.
Rasanya tidak. Pak Lah tidak akan berbuat demikian, Dia seorang pemimpin yang 'kuat semangat' dan 'kalis tohmahan'. Beliau seorang yang 'tenang' menghadapi sebarang dugaan.
Sehingga kini, Alhamdulillah, beliau masih mendapat sokongan daripada pemimpin utama sayap parti dan akar umbi, tetapi sejauh manakah sokongan daripada golongan itu akan berterusan.
Sejarah membuktikan, yang disokong tidak pernah bertahan lama melainkan akan rebah di dalam perjuangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
2 ulasan:
kerana politik..negara berpecah belah..
lantak kau la manzaidi...
Baik ko g duduk selatan thailand.
ko nak harapkan pas dan pkr ke utk bela melayu.
makan taik DAP la jawabnya...
walaupun UMNO penuh masalah tapi parti lain lg bermasalah.X nampak sbb mrk tak berada d puncak.bila berada d puncak semua jd perhatian.
UMNO & BN tetap relevan untuk Melayu dan bangsa Malaysia
Catat Ulasan