Saja nak joke jer...
"Salam. saya tak kerja semalam. Dapat emel... apa citer... saya dukacita sangat sebab niat nak bantu mantapkan dot dot dot dah jadi lain. Sebelum ni usaha kita tak diterjemahkan dengan baik. Jika saya salah tegurlah. Saya baca emel Man diberi kendali dot dot kerana saya diberitahu Man kena pantau dot dot dah, saya seperti biasa mau tak mau tengok2 dot dot dot. Unit dot dot dot beritahu apa kat Man."
Ini adalah mesej yang saya terima daripada seorang sahabat kaki ampu, penipu dan berusaha menikam saya dari belakang. Seperti tidak ada apa-apa kan pada emel itu? Begitulah dia cuba mengaburi mata saya.
Puithhh! puithh!... pandai betul kau berlakun sahabat. Cara kau tanya pun aku dah tau. Apatah lagi reaksi muka kau yang berkerutu sebijik macam katak puru kena henyak tayar kereta.
Memang kau tak kerja hari tu. Tapi pagi tu dalam rekod pengawal keselamatan dan rakaman kamera tertutup, kau datang ke ofis dan berjumpa dengan ketua Unit dot dot dot.
Entah apa yang kau bincangkan dengan ketua Unit itu. Entah jarum apa yang cucuk ketua unit itu sehingga dalam jam 12 tengah hari aku menerima emel dari ketua unit berkenaan menyingkirkan menyatakan nama aku dikeluarkan senarai tugasan dan tempatnya diganti oleh kau.
Mustahilkan perkara ini boleh berlaku. Sedangkan kita sama-sama diamanahkan sejak awal Disember lagi, tidak ada pun arahan hendak menyingkirkan aku. Kau memang hebat sahabat. Kau memang bijak.
Setiap hari sebelum kau menjamah kerja, kau masuk bilik bos-bos. Kau cucuk dan racun bos-bos pasal aku. Aku tidak seperti kau. Aku masuk ofis terus jamah kerja. Aku tak suka ampu dan bodek bos, apatah lagi meracun bos untuk menjatuhkan sahabat. Aku bukan macam itu.
Bagi aku, setiap rezeki yang aku cari adalah untuk sesuap nasi anak-anak aku. Aku tak mahu anak aku makan hasil penipuan ayahnya. Aku tak rela anak aku menelan rezeki hasil curi tulang dan menjatuhkan orang lain.
Aku tak dididik oleh mak dan ayah aku macam itu. Mereka latih aku supaya sentiasa berdisiplin dan melakukan kerja dengan amanah, bukan berbohong, bukan secara ampu dan bodek.
Kau memang bijak sahabat. Kau boleh pengaruhi bos-bos supaya mengikut apa pandangan kau. Kau memikat mereka dengan menunjukkan kesalahan kecil yang dilakukan orang lain, tetapi kau katakan kerana aku. Memang pintar strategi yang kau gunakan.
Tetapi sahabat, selama mana kau harus begini? Kalau telah lupa yang kau sebenarnya langsung tidak mengambil berat unit kau. Kau asyik mencari kesalahan unit lain, sehinggakan unit kau melakukan kesilapan pun kau tuduh aku menjadi puncanya.
Kau memang gila sahabat. Kau layak dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk memulihkan otak kau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
4 ulasan:
Syabas!!!
Semoga kita terus hadapi liku hidup ini dgn telus dan ikhlas tanpa sekumit sifat dengki dan khianat.
Yg penting kita cari rezeki yg halal untuk anak2 dan keluarga.
TQ.
Apa yang Shima kata tu, itulah yang saya pegang selama ini. Tetapi kerana pegangan itulah saya diperkotak-katikkan oleh sahabat yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan saya. Apapun, Tuhan ada. Dia akan memantau saya.
Salam..
Banyak2 bersabar saudara Manzaidi. Hidup ni kalau takde dengki, khianat,tikam belakang hilanglah warna warni kehidupan. Anggaplah itu hanya salah satu ujian daripada Allah SWT. Apa pun saya sebagai sahabat tetap mendoakan kesejahteraan saudara.
biarkan si luncai terjun dengan kebodohannya...
Catat Ulasan