Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan
dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu
mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh.
Kami sekeluarga
amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku
sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak
Jawapan 1
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama
selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan
manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum,
ayat 21 (mahfumnya): “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T,
dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga
(manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan
kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T.”
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumah tangga
yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin
dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu
kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja
Perempuan di negeri Saba’ (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa,
salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin,
ibunya manusia atau sebaliknya.
Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang
kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra’
ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras
memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan
berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka
digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta
benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan
makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan
tadi (ibu bapa Puteri Balqis).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah
bersabda yang bermaksud, “Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan
menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun
itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah
bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia
itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini,
seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan
rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam
keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat
terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas
untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian
harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah
boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan.
Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan
bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang
jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang
disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):
“Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan
katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia
dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan
ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah)
bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka
orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh
bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak
boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu
amat dahsyat keseksaan-Nya”.
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma
sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar)
menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas
mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai
manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada
manusia.
Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma’ bahawa hukumnya
(mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin
dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang
menyatakan perkahwinan tersebut boleh.
Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum
perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan
ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas.
Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati
Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan
ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis
rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh
aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan
menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam
manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan
anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat
saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku.
Wallahu a’lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan