KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.
Menurut
sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak
pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN)
menerusi blog, laman sosial dan YouTube.
"Identiti
lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu
lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh
terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan
memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari
ini.
Sumber
berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan
kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan
polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang
terlibat.
Red Bean
Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan
kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan
kepada mereka.
Untuk
rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army
adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang
mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang
dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan
YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.
Selain
itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan
memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang
diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak
enam tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan