KUALA LUMPUR - Sifat gila kuasa yang
dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu
sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi
Perdana Menteri.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra
Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan
kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan
PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan
melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.
"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.
"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan
pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong
yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak
berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla
yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat
melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan
pembangkang kalah dalam PRU-13.
Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.
"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.
Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan
Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat
Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya
menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya
menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi
jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah
keputusan PRU-13.
"Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.
Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang
remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk
melaksanakan perancangannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan