Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dipertanggungjawabkan ke atas kematian A. Kugan ketika berada dalam
tahanan polis, kerana didera secara fizikal semasa soal siasat polis
empat tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini.
Hakim
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk V. T. Singham mengatakan, Khalid
yang pada ketika itu merupakan Ketua Polis Selangor, cuai untuk
memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.
Keputusan hakim ini dijangkakan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.
Singham,
dalam membenarkan saman kecuaian itu berkata, beliau juga percaya
kecederaan yang berlaku ke atas Kugan tidak mungkin dilakukan oleh
seorang pegawai.
"Mahkamah juga mendapati beberapa percanggahan
ketara antara Khalid dan lain-lain saksi berkenaan dengan penyiasatan ke
kematian si mati," katanya.
"Tiada seorang pun dalam mana-mana
kedudukan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah mengambil
mudah mahkamah ini dan cuba menutup kebenaran untuk melarikan diri."
Singham juga memuji peguam hak asasi manusia, N. Surendran yang membawa kes ini dan membantu untuk bedah siasat kedua dilakukan.
"Jika tidak kerana dia, perkara itu telah disapu di bawah karpet."
Beliau
juga berkata terdapat keperluan segera untuk mempertimbangkan cadangan
suruhanjaya diraja itu dalam menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan
Salah Laku Polis (IPCMC) kerana peningkatan kematian dalam tahanan.
Singham
juga memberikan pampasan sebanyak RM851,700 kepada N. Indra di atas
serangan terhadap Kugan, penahanan salah, kecuaian dan pampasan
kecederaan dan penderitaan.
Keluarga Kugan telah memfailkan
tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya
menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian
Kugan.
Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai
penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu
lagi defendan.
Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk
memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada
dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun,
ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis
Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.
Beliau
kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari
kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau
ditemui mati.
Navindran merupakan satu-satunya orang yang
dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan. Beliau didapati bersalah
dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Beliau kini merayu di
mahkamah berhubung hukuman itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan