Selasa, 4 Ogos 2009
Kesian Melayu
Saya hanya mampu ketawa dan geleng kepala apabila ramai kalangan ibu bapa dan mereka-mereka yang menyertai perhimpunan haram di ibu kota Sabtu lalu tampil membuat pengakuan, kononnya mereka telah dipaksa, diupah dan dipujuk.
Pengakuan ini jelas menunjukkan orang Melayu kita masih kurang cerdik. Mudah sangat termakan pujukan dan terpengaruh dengan dakyah jahat seseorang pemimpin dan sesebuah parti.
Yang bercakap berdegar-degar macam ayam betina hilang sakot (tempat bertelur) relek saja duduk tempat hawa dingin. Hanya yang diupah, dipaksa dan dipujuk yang bersungguh-sungguh berada di barisan hadapan. Jihad konon.
Orang Islam nak berjihad bukan dengan cara mengadakan demonstrasi secara haram. Bukan dengan cara menuntut memansuhkan akta yang tiada kena mengena dengan kita sebagai orang awam.
Ada yang kata Akta ISA adalah zalim, menahan dan menangkap pemimpin tanpa dibicarakan. Sesiapa sahaja yang ditangkap adalah kerana disabitkan dengan kesalahan yang dilakukan.
Kalau mereka tidak salah kenapa mereka perlu takut. Hanya yang bersalah sahaja yang takut. Dan penahanan mereka bawah Akta ISA pula adalah berdasarkan kesalahan yang mereka lakukan.
Kenapa kita perlu pertikaikan? Dalam sesebuah kerajaan pelbagai kaedah undang-undang disediakan bagi menjamin kerajaan berada dalam keadaan aman, harmoni dan damai. Kalau sesebuah negara tidak ada undang-undang, sudah lama kita tak dapat teruskan hidup sehingga umur sekarang.
Mahukah kita jadi macam Palestin? Tak boleh keluar rumah, bini tak boleh pergi pasar, anak-anak tak boleh pergi sekolah? Dan kita pula tak boleh pergi kerja sebab keadaan di luar huru hara.
Inilah yang dikehendaki oleh golongan tertentu yang berkepentingan diri. Tengoklah Tok Guru Nik Aziz. Dia langsung tak ikut serta dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Sebab apa dia tak ikut? Sebab dia cerdik. Dia tahu hanya yang keluar ke perhimpunan itu saja yang kurang cerdik. Bagi Tok Guru, baik dia duduk kat rumah daripada keluarkan peluh dan tadah mata pada asap pemedih mata.
Satu lagi saya nak nyatakan di sini. Dalam perhimpunan itu, tidak ada pun orang Cina dan India yang hadir. Kalau ada pun mereka sekadar menyaksikan, bukan melaung menjerit dan terpekik terlolong macam dirasuk puaka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
2 ulasan:
Guane.. muzaidi tak bui komeng nih...
Sebelum ini mata hati mereka tertutup. Mereka hanya nampak pembangkang sebagai sebuah parti yang baik, lengkap dan maksum. Tetapi setelah Pas terkena pukulan TKO oleh DAP, barulah mata hati mereka terbuka dan rasa kesedaran mulai datang dalam diri. Sekarang mereka dah sedar, selama ini mereka berada di landasan sesat. Jadi, sebab itu mereka tak bagi komen setiap artikel yang saudara tulis. Pada saya ini kerana kerana apa yang saudara katakan selama ini.. walaupun betul, mereka tetap mengatakan tidak betul. Sekaranh Allah telah buka hijab mereka ini dan mereka malu untuk memberi komen lagi. Mereka selalu kunjungi blog ini kerana mereka tertarik dengan artikel saudara, tetapi mereka malu nak beri komen. Yalah, mereka nak kata hal negatif apa lagi sebab apa yang saudara perkatakan itu adalah betul.
Catat Ulasan