Tidak semena-mena saya yang sedang berasa senang dan selesa menjalani kehidupan dari dulu sehingga kini, tiba-tiba ditimpa bala kerana gara-gara terlalu mempercayai seorang kawan yang juga pemimpin politik di Pasir Mas.
Pemimpin ini adalah sejenis manusia yang susah untuk saya capkan dia dengan apa. Tetapi dengan bahasa mudahnya, dia ni jenis sanggup tikam kawan. Sanggup menghancurkan masa depan kawan, asalkan dia senang. Inilah jenis pemimpin yang hendak saya katakan ini. Kalau ada rakan-rakan jumpa peribahasa atau perumpamaan, elok benarlah beritahu kepada saya supaya senang nak menyamakan manusia sejenisnya.
Kisahnya bermula begini:-
1. Pada akhir tahun 1990-an saya ada membeli sebuah rumah di Lubok Jong, Pasir Mas (bersebelahan IKM). Saya belum sempat duduk lagi rumah itu, hanya sekadar bayar sewa setiap bulan.
2. Ditakdirkan tidak lama selepas itu, ekonomi negara merudum dan ia memberi kesan teruk kepada gaji @ sumber pendapatan saya. Saya merasakan tidak mampu lagi membayar sewa bulanan, lalu saya bercadang menjual rumah itu.
3. Hampir dua bulan saya mencari kawan-kawan dan rakan-rakan kalau mereka mahu beli rumah. Tetapi pada masa itu, bukan saya seorang saja yang mengalami kesan kemuruduman ekonomi, semua orang merasainya.
4. Sehinggalah seperti biasa, apabila saya berjumpa dengan pemimpin muda ini dan menawar kepadanya. Dia bersetuju membelinya.
5. So, urusan jual beli pun dibuat. Saya mahu menukar nama hak milik rumah itu, tetapi dia tidak mahu. Dia cuba menyakinkan saya dengan meminta saya mempercayainya. Dia kata dia dia tak akan menipu saya. Demi kawan (masa tu saya seorang yang bodoh-tidak dapat menilai antara kaca dengan permata)saya terus mempercayainya.
6. Sebagai tanda penyelesaian jual beli rumah itu, kami buat perjanjian bertulis dan ditandatangani oleh saya, orang politik itu dan adiknya. Orang politik itu kata, dia nak beri rumah itu kepada adiknya.
7. Selepas itu, saya tidak lagi mengambil tahu hal rumah berkenaan. Kerana saya percayakan dia, saya menyerahkan seratus peratus kepada Takdir.
8. Pada akhir 2005, saya bercadang membeli kereta. Saya buat permohonan dan memasukkan permohonan itu melalui Muamalat Bank yang ketika itu berpejabat di bangunan AKSB, Kota Bharu.
9. Tidak lama kemudian pegawai bank menghubungi saya menyatakan permohonan saya tidak diluluskan kerana tersekat. Maksudnya nama saya telah disenaraihitamkan oleh Bank Negara.
10. Saya terkejut, lalu pergi ke bank berkenaan dan alangkah sedihnya saya apabila mendapati nama saya memang telah disenaraihitamkan oleh Bank Negara disebabkan 'saya' tidak membuat bayaran bulanan rumah hampir 12 bulan. Saya beristifar. Sedih.
11. Saya menghubungi pemimpin politik itu dan memaklumkan kepadanya mengenai apa yang berlaku. Dia beritahu akan bertanyakan hal itu kepada adiknya.
12. Beberapa hari kemudian saya menghubungi RHB Bank untuk mendapatkan keterangan mengenai jual beli. Saya ajak adik pemimpin politik itu untuk menyelesaikan kes berkenaan kerana saya mahu membersihkan nama saya, malangnya adik pemimpin politik itu tidak hadir. Tetapi pada masa sama dia berjanji akan menyelesaikannya.
13. Selepas itu saya langsung tidak ambil tahu kerana menyangkakan dia sudah menyelesaikannya.
14. Sehinggalah semalam saya menerima panggilan dari ayah saya di kampung menyatakan ada sepucuk surat daripada peguam RHB Islamik sampai. Surat itu meminta saya hadir ke Mahkamah Kota Bharu pada 15 september 2008 untuk urusan RHB Islamik menyaman saya.
15. Dalam surat itu juga menyatakan gagal hadir untuk panggilan pertama ke mahkamah pada November 2007. (Saya tidak tahu kerana tidak pernah menerima surat itu. Kalau surat itu sampai sudah tentu ayah saya akan menghubungi saya).
16. Saya menghubungi pemimpin politik itu menyatakan bahawa tindakan adiknya tidak membayar tunggakan yang berjumlah RM12,000 itu selama tiga tahun menyebabkan saya menghadapi saman.
17. Saya beritahu kepada pemimpin itu bahawa saya tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa membuat laporan polis untuk membersihkan nama saya dan selepas itu, saya akan membuat kenyataan akhbar.
18. Mendengar pernyataan itu, dia terus melenting marahkan saya. Dia kata, dia beli rumah itu kerana kesiankan saya dan saya tidak patut buat begitu kepadanya. Katanya, sejak dia beli rumah itu dia tidak pernah duduk atau ambil tahu.
19. Dia kata saya tidak patut buat begitu kepadanya? Yang dia membuatkan nama saya disenaraihitamkan oleh bank tu nak kira macamana? Sehingga sekarang saya tidak dapat membuat sebarang pinjaman dengan bank, tidakkah itu namanya saya dianiayai?
20. Saya mahu buat laporan polis dan buat kenyataan akhbar, dia kata saya hendak menganiayainya. Inilah peliknya orang politik.
21. Sehingga sekarang kes ini belum selesai dan tiada kata putus daripadanya. Apapun saya sudah nekad. Saya akan balik ke Kelantan pertengahan Ogos ini untuk mengambil segala dokumen termasuk surat sama daripada peguam RHB Islamik dan surat perjanjian antara saya, orang politik itu dan adiknya untuk membuat lapopran polis.
22. Siapa pemimpin politik itu.... akan saya dedahkan namanya setelah saya membuat laporan polis pada 16 Ogos ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan