Dalam ucapan pemimpin UMNO
(semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO
selama ini. Apakah UMNO sahaja yang berjasa?
"Semacam UMNO sahaja yang
berjasa. Pas di Kelantan pun banyak jasa,” kata Nik Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan yang paling banyak
menabur jasa air liur untuk rakyat Kelantan.
Nik Aziz yang baru sahaja sedikit sihat selepas terkena serangan
jantung nampaknya tidak dapat menahan diri dari membuka mulut apabila
Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak bercakap perihal jasa dan
khidmat bakti UMNO dan BN kepada rakyat.
Marah benar Nik Aziz bila jasa dan bakti UMNO menjadi sebutan ramai,
tambah membara kemarahannya bila sekelumit zarah pun orang ramai tak
berminat memperkatakan jasa Pas untuk agama, bangsa dan negara.
Nak buat macam mana? Dulu hingga sekarang rakyat Malaysia terutama
sekali orang Melayu Islam sudah lama tercari-cari apa bagusnya Pas
berbanding UMNO, namun tak ketemui kecuali yang banyak kelihatan ialah
ceramah politik sambil meminta derma dari rakyat, itu sahaja.
Hakikatnya bila dihitung jasa UMNO & BN jika dibanding dengan
jasa Pas, memang jauh langit dengan bumi. Bermula dari hal-hal
memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah memartabatkan Islam, semuanya
datang dari usaha UMNO.
Hatta dalam bab mengangkat imej dan maruah sukan bolasepak Kelantan
pun terhasil dari daya usaha UMNO dan pemimpinnya, nak harapkan Nik Aziz
dan Pas jenuhlah siang malam dihidangkan dengan ceramah politik saja,
mana mahunya ada kemajuan.
Namun tak dinafikan, Pas di Kelantan pun ada juga jasanya misalnya
dalam hal-hal menyemarakkan perpecahan orang Melayu Islam sama ada di
kampung-kampung mahupun di bandar-bandar.
Jasa sebegini memang sudah terbukti tak dapat ditandingi UMNO, bukan
sahaja kerana UMNO tidak berminat mempraktikkannya malah juga kerana
hal-hal perpecahan ini sudah mutlak milik Pas.
Lahirnya Pas itu sendiri hasil dari memecah belahkan perpaduan ummah
dengan keluar dari jamaah tatkala UMNO dan orang Melayu Islam sedang di
saat genting memperjuangkan kemerdekaan.
Dek kerana sikap pemimpin Pas yang kemaruk mengejar kuasa dan tidak
dapat menerima kekalahan di tangan Tunku Abdul Rahman sewaktu pemilihan
Yang Dipertua UMNO (Presiden), akhirnya pemimpin Pas mengambil keputusan
keluar dari parti dan menubuhkan Pas pada 1951.
Alasan yang berselindung disebalik perjuangan Islam digunapakai untuk
melemahkan kekuatan UMNO, maka gembiralah penjajah British dengan
kewujudan Pas kerana percaya dengan adanya Pas bakal melambatkan proses
kemerdekaan yang dituntut oleh orang Melayu Islam.
Pemimpin Pas ketika itu tanpa mengambil kira masa depan orang Melayu
Islam telah menyebarkan fahaman “apa guna negara merdeka jika sebatang
jarum pun orang Melayu tidak reti buat,” dalam usaha mereka untuk
memperlekehkan perjuangan kemerdekaan yang dituntut oleh UMNO.
Alhamdulillah, niat jahat British yang mengambil kesempatan dari
kewujudan Pas tidak menjadi kenyataan, jika tidak sekarang ini kita
mungkin masih lagi menjadi sebahagian dari jajahan British ataupun sudah
termasuk dalam jajahan Melayu Raya Indonesia yang berpegang pada
fahaman sekular pancasila.
Selepas negara kita merdeka Pas sepertinya tidak berpuas hati lagi,
berikutan itu disebarkan pula fatwa karut politik konon sesiapa saja
yang menyokong Perikatan (UMNO, MCA & MIC) hukumnya kafir, impaknya
menyebabkan banyak ikatan persaudaraan antara orang Islam tergugat.
Hari ini Pas yang merupakan sebahagian dari pakatan pembangkang sibuk
pula mahu menjatuhkan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO konon atas
nama membanteras kezaliman. Walhal selama Pas bersama Pakatan Rakyat,
segala kesucian Islam dan hak orang Melayu hampir ranap dikerjakan dek
kerana terikut kehendak DAP.
Kalimah suci Allah s.w.t diperdagangkan untuk undi orang Kristian,
akidah Islam digadai konon atas nama kebebasan agama manakala beribu
ekar tanah di Kelantan pula kini diserah milik untuk kepentingan kroni
terutama Cina DAP dan Cina Singapura.
Dan kini Pas melalui adik Nik Aziz yang bernama Nik Razi pula
mempropagandakan doa politik meminta Allah s.w.t menghancurkan saudara
seagama dalam UMNO dihancurkan sama seperti Namrud dan Firaun.
Sahihlah nawaitu kewujudan Pas atas muka bumi ini lebih membawa
kepada perpecahan sesama saudara seagama bernading menyeru kepada secara
hikmah ke arah kesedaran dan perpaduan sesama Islam.
Langsung tak membawa manfaat untuk kepentingan Islam mahupun umatnya. Justeru itu, diharapkan Nik Aziz usahlah terlalu marah atau berang
tak ketepian bila jasa bakti Pas untuk kebaikan orang Melayu Islam amat
jarang diperkatakan ramai.
Sekurang-kurangnya jasa dan trademark Pas sebagai pemecah belah ummah ramai juga orang ingat, tak begitu? - ManToba Akashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan