Pelakon dan penyanyi filem Melayu klasik , Momo Latif
disahkan meninggal pada pukul 5.50 petang tadi di kediaman anaknya yang
terletak di Woodlands, Singapura.
Menerusi laporan Berita Media Corp., Momo atau nama sebenarnya Momo Makarim, 93, meninggal akibat penyakit darah tinggi yang dihidapinya.
Malah anak kepada Momo, yang juga penyanyi era-80an, Cik Kamaliah Latiff, turut mengesahkan berita pemergian ibunya.
Dilahirkan di Singapura, pembabitan Momo dalam dunia seni sering kali dibayangi Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memandangkan kedua ikon ini sering bekerjasama dalam filem mahupun lagu.
Memulakan langkah sebagai pelakon filem pada tahun 1941, antara lakonannya yang cukup memberi impak kepada peminat filem Melayu adalah dalam filem Pendekar Bujang Lapok .
Selain itu, Momo juga cukup terkenal melalui alunan suara yang cukup diminati ramai, antara lagu yang pernah mempopularkan seniwati itu adalah ‘Merpati Dua Sejoli, Tudung Periuk, Semenjak Berpisah’ dan ‘Tak Jemu Menunggu.’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan