Isnin, 21 Disember 2015

Media salah lapor, PAS tak pernah sedia maafkan Umno - Takiyuddin

Post Pic
 
PAS hari ini menafikan laporan berita yang mengatakan parti itu bersedia untuk memaafkan Umno sekaligus melupakan sejarah yang berlaku melibatkan dua entiti itu.
 
Hal itu ditegaskan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan medianya hari ini.
 
"Sepanjang ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau membawa maksud ‘adakah PAS memaafkan Umno...
 
"Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa ‘jawapan’ kepadanya juga tidak ada, atau datang daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya,” katanya.
Takiyuddin berkata demikian menepis laporan berita sebuah portal semalam berjudul, 'PAS sedia maaf, lupakan kesalahan Umno, kata setiausaha agung'.
 
Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut menjelaskan perangkap demi perangkap laporan portal berkenaan.
 
Takiyuddin berkata, laporan berkenaan juga tidak lengkap dan direkayasa wartawan portal tersebut.
 
 
Ujar Takiyuddin, kenyataannya di atas adalah menggambarkan sikap keterbukaan  PAS menerima pandangan.
 
"Malah kehadiran sesiapa sahaja ke dalam PAS apabila mereka menerima perjuangan PAS berteraskan syariat Islam. Contohnya jelas, ada dalam kalangan bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS pernah dilantik dan diberikan kepercayaan menajdi Setiausaha Agung, Pegawai penerangan dan lain-lain kedudukan sebagai pemimpin parti di pelbagai peringkat dan organisasi parti.
 
"Tiada langsung dalam kenyataan saya apa-apa yang membawa niat, mengisyaratkan atau memberi maksud bahawa menayatakan PAS ingin bergabung dengan Umno dari segi parti masing-masing," Takiyuddin dipetik sebagai berkata.
 
ADUN Bunut Payung itu juga menjelaskan konteks yang betul berkenaan laporan kononnya PAS sedang memberikan penjelasan kepada ahli mereka berhubung kerjasama kedua-dua parti itu.
 
 
"Saya menyatakan bahawa PAS akan memberikan penerangan kepada ahli-ahli PAS tentang kekeliruan, salah faham yang timbul dan juga menangkis tomahan terhadap PAS dalam isu ini.
 
"Ia bukan bermaksud PAS akan memberi penjelasan seolah-olah 'kerjasama dengan Umno akan dilaksanakan," jelasnya.
 
Takiyuddin bagaimanapun mengaku laporan protal berkenaan sahih bersabit prinsip PAS untuk bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak mahu mendokong perjuangan mereka, namun tulisan wartawan itu tidak lengkap.
 
 
"Saya mengesahkan sebahagian daripada laporan di atas adalah kenyataan saya tetapi ia tidak lengkap.
 
"Saya mengatakan bahawa PAS dalam perjuangannya meletakkan syariat Islam sebagai prinsip teras dan bersikap terbuka apabila ada pihak lain yang bersetuju dengan pinsip ini, sama ada orang Islam mahupun bukan Islam," ujarnya.
 
Justeru, Takiyuddin meminta mana-mana pihak terutama rakyat serta penyokong PAS agar sentiasa merujuk dan mendapatkan maklumat yang betul menerusi laman web PAS, Harakah (cetak) serta Harakahdaily (atas talian).

Tiada ulasan:

Transkrip penuh temuramah KP SPRM Mohd Shukri:

"I want to see yo u cerita pengalaman i dalam siasatan kes  personal  1MDB.  Before i proceed I am gonna because, just now i got meet...