Jumaat, 25 Disember 2015

Laknatlah ke atas kamu pelampau Yahudi


BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel hari ini mengumumkan telah memulakan siasatan terhadap sepotong video yang memaparkan sekumpulan pelampau Yahudi bersenjata di sebuah majlis perkahwinan meraikan kematian seorang anak kecil warga Palestin yang maut dalam satu insiden pengeboman oleh rejim.

Video yang disiarkan oleh sebuah program berita Israel itu terus menjadi viral dan mendapat kritikan hebat daripada ahli politik Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Video itu antara lain memaparkan sekumpulan hadirin menari dengan senjata api, pisau dan bom molotov cocktail yang belum dinyalakan sambil dilihat menikam gambar anak kecil yang terbunuh dalam insiden pengeboman yang dikatakan dilakukan oleh pihak pelampau Yahudi.
Media Israel melaporkan bahawa pengantin lelaki sebelum ini telah disiasat atas perbuatan "keganasan Yahudi" manakala peserta lain adalah kawan-kawan atau saudara-mara suspek yang ditangkap atas insiden yang berlaku pada Julai.

Netanyahu menganggap video itu sebagai "mengejutkan" dan berkata ia menunjukkan "wajah sebenar kumpulan yang membahayakan masyarakat Israel dan keselamatan Israel."

Dalam beberapa minggu ini, pihak berkuasa Israel telah menahan beberapa suspek atas insiden yang berlaku pada 31 Julai di Duma yang merupakan sebuah perkampungan di Tebing Barat, namun belum ada yang didakwa setakat ini.

Insiden berkenaan menyebabkan kematian ke atas Ali Saad Dawabsha yang berusia 18 bulan dan ibu bapa bayi malang itu.

Anak lelaki pasangan itu yang berusia empat tahun terselamat dalam insiden itu.

Tiada ulasan:

Musuh sebenar Yahudi bukan Palestin, tapi Bani Jawi.

BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...