Khamis, 24 Disember 2015

Rogol, liwat gadis bawah umur: Bekas pegawai kanan polis dihukum penjara 100 tahun


Harapkan pegar, pegar makan padi. Padahnya amat berat. Bekas Ketua cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Polis Negeri Sabah, DSP Rohaizat Abd Ani, 56, dikenakan hukuman penjara berjumlah 100 tahun dan 15 sebatan kerana merogol dan meliwat seorang gadis berusia 13 tahun.

Hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Rabu atas kesalahan yang dilakukannya antara 1 Februari dan 6 Mei 2012.

Bapa kepada dua anak itu didakwa merogol gadis itu empat kali dan meliwatnya sekali dalam tempoh berkenaan.
Dia dikenakan hukuman 20 tahun bagi setiap kesalahan iaitu lima menjadikan jumlahnya 100 tahun.

Sekalipun dihukum penjara berjumlah 100 tahun, Rohaizat perlu menjalani penjara selama 80 tahun kerana hukuman bagi kesalahan pertama dan kedua dijalankan serentak.

Rohaizat didapati bersalah merogol dan meliwat gadis itu di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty pada 1 Februari 2012 dan keesokan harinya sekali lagi merogolnya.

Pada 1 dan 6 Mei dia turut merogol gadis itu di hotel sama.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membenarkan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi

Tiada ulasan: