Selasa, 29 Disember 2015

Menteri JPM kahwini wanita 33 tahun lebih muda

Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan isterinya Jacklyne Anthony sama-sama meraikan perkahwinan mereka kelmarin. — Foto ehsan Facebook/Bit SurangMenteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan isterinya Jacklyne Anthony sama-sama meraikan perkahwinan mereka kelmarin. 






Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Joseph Entulu Belaun menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini wanita 33 tahun lebih muda Sabtu lepas.

Majlis perkahwinan Entulu, 61, dengan pegawai bank, Jacklyne Anthony, 28, diadakan dalam satu majlis tertutup di Hotel Kingwood Resort di Mukah, dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk keluarga terdekat dan kenalan rapat.


Ahli Parlimen Selangau daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu merupakan duda anak empat manakala Jackeline, ibu tunggal dua anak, lapor akhbar Harian Metro.

Orang ramai memuji kecantikan kecantikan Jacklyne Anthony yang berasal daripada etnik Orang Ulu itu. — Foto ehsan Facebook/Bit SurangOrang ramai memuji kecantikan kecantikan Jacklyne Anthony yang berasal daripada etnik Orang Ulu itu.   
Mengikut laporan Borneo Post pula, majlis perkahwinan mereka diraikan meriah oleh persembahan artis dan penari Iban popular.

"Majlis resepsi ini turut dihadiri beberapa pemimpin politik negeri. Majlis perkahwinan mereka diadakan sederhana bersesuaian dengan sikap Joseph Entulu sendiri yang sentiasa merendah diri,” kata seorang ahli keluarga dipetik berkata.

Rakaman gambar perkahwinan Entulu dan Jackeline tersebar luas di Internet dan ramai yang memuji kecantikan wanita yang berasal daripada etnik Orang Ulu itu, lapor Harian Metro lagi.

Entulu sebelum ini merupakan timbalan menteri di JPM, kemudian timbalan menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum dilantik menjadi menteri penuh JPM.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-13 2008, Joseph Entulu menang kerusi Selangau mengalahkan calon PKR dengan majoriti 70 peratus.

Tiada ulasan: