Tan Sri Adenan Satem kini bersedia memacu Sarawak menghadapi
Pilihan Raya Negeri (PRN) yang pertama sebagai Ketua Menteri dan
berharap mencapai keputusan lebih baik berbanding bekas Ketua Menteri,
Tun Abdul Taib Mahmud.
"Saya tidak fikir dia akan cemburu. Dia pastinya akan lebih gembira," kata Adenan berseloroh.
Tegasnya,
dengan kebebasan diberikan kepadanya, memudahkan beliau membuat
sebarang keputusan tanpa dipengaruhi sesiapa termasuk Abdul Taib yang
dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
"Ketika dia minta
saya untuk menggantikan beliau, beliau berkata, "Anda buat dasar anda
sendiri, anda lakukan apa yang dirasakan betul. Jangan bincang dengan
saya melainkan ia perkara penting dan saya tidak akan beritahu anda apa
yang perlu dilakukan melainkan anda tanya saya. Jika anda minta nasihat
saya akan berikan, tapi saya tidak akan beri nasihat yang tidak diminta.
"Dia
berikan saya semua kebebasan. Lagipun beliau berkata beliau bukan lagi
Ketua Menteri dan Taib menepati janjinya," kata Adenan dalam interbiu
dengan The Star.
Adenan melihat Taib sebulan sekali memberikan
taklimat kepadanya sebelum mesyuarat Kabinet dan bertukar pendapat pandangan rakyat mengenai cara mereka mentadbir negeri itu.
"Jika seseorang menjual namanya untuk sesuatu, saya akan tanya dia sama ada ia benar," kata Adenan lagi.
Beliau berkata, bekas Ketua Menteri itu sibuk menjalankan tugasnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Adenan menolak spekulasi mengenai tarikh pilihan raya negeri sebaliknya berkata, ia sebelum Jun.
Beliau mahu mencatatkan kemenangan besar bagi mengekalkan kestabilan dan membawa lebih banyak pembangunan di Sarawak.
"Kami
berjaya membuktikan kami boleh membawa kestabilan, tidak seperti
apa yang berlaku di Semenanjung pada hari ini. Saya tidak fikir kami
mahu mengikut jalan tersebut," katanya.
Pada PRN yang lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 55 kerusi, manakala 12 kerusi lagi milik DAP, tiga PKR dan satu Bebas.
PRN
yang akan datang perlu diadakan sebelum pertengahan tahun depan
menyaksikan 82 kerusi yang dipertandingkan, peningkatan 11 kerusi
selepas persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang
diluluskan Parlimen pada awal bulan ini.
Penggal Dewan Undangan
Negeri (DUN) Sarawak akan berakhir pada 20 Jun dan perlembagaan negeri
menyatakan bahawa PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tamat
tempoh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan