Berita 1:
Pemimpin Pas patut dedah, siasat siapa ‘Kolonel Mat’
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak dalam Pas tertanya-tanya siapa ‘Kolonel Mat’ yang dimaksudkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai dalang utama merancang untuk menjatuhkannya dan kerajaan Pas Kelantan.
Gelaran yang diberikan Nik Aziz dalam ucapannya pada majlis memperingati Hari Wukuf di Kota Bharu, kelmarin menjadi persoalan sama ada watak ‘Kolonel Mat’ adalah individu dalam parti itu sendiri atau orang luar.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan mengakui beliau turut tertanya-tanya siapa ‘Kolonel Mat’.
Bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas mahu kepemimpinan tertinggi parti memandang serius dakwaan Nik Aziz.
“Oleh kerana dakwaan itu datangnya dari mulut Tok Guru sendiri, sudah tentu ada sesuatu yang perlu disiasat,” katanya.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga tidak pernah mendengar mengenai ‘Kolonel Mat’ dan terkejut dengan kenyataan Nik Aziz.
“Saya tak tahu, semalam (kelmarin) baru saya dengar... saya pun terkejut tetapi tak sempat nak bertanya kepada Tok Guru,” katanya.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang menunaikan haji di Makkah, juga mengakui tidak pernah mendengar nama ‘Kolonel Mat’.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, enggan mengulas kerana ingin mendapatkan penjelasan daripada Nik Aziz terlebih dulu.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa tidak mahu memberikan sebarang komen.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron, pula berkata Nik Aziz tidak perlu mendedahkan siapa ‘Kolonel Mat’ jika individu itu dari kalangan pemimpin Pas sendiri.
“Nak dedah atau tidak, terpulang kepada tok guru (Nik Aziz)... kalau ada (Kolonel Mat), kena selesaikanlah. Kalau (didalangi) orang dalam, kita selesaikan secara dalaman, kalau orang parti (Pas) tak perlu dedahkan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin ‘Kolonel Mat’ tidak wujud, sebaliknya ia sekadar kata-kata kiasan atau gurauan Nik Aziz.
Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, semalam, masih mempertahankan kenyataannya ‘Kolonel Mat’ berusaha menjatuhkan beliau dan Pas di Kelantan.
Beliau mendakwa, konspirasi untuk menjatuhkan Pas di Kelantan termasuk beliau bukan perkara baru dan usaha itu akan terus dilakukan.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa dimaksudkannya sebagai ‘Kolonel Mat’ dan sama ada dia orang dalam parti atau pihak luar.
“Itu dia punya pasallah (Kolonel Mat bekerja untuk siapa), tetapi orang buat khianat pada Kelantan termasuk orang yang saya sebut ini (Kolonel Mat) barang sahih,” katanya.
Berita 2:
‘Kolonel Mat’ hanya kiasan
KOTA BHARU 27 Nov. - Nama ‘Kolonel Mat’ yang disebutkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai dalang dalam konspirasi untuk menjatuhkannya hanyalah satu kiasan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Fatah Harun yang juga besan dan mempunyai hubungan rapat dengan Nik Abdul Aziz berkata, daripada ucapan tersebut, Mursyidul Am Pas itu tidak menolak atau mengakui bahawa konspirasi tersebut benar-benar wujud.
Katanya, ia sengaja dilemparkan kepada orang ramai supaya ia tidak dipersoalkan lagi sama ada wujud atau tidak perancangan untuk menjatuhkannya.
“Tok guru (Nik Abdul Aziz) banyak ilmu mantik...banyak perbandingan kalau tak belajar tak boleh baca maksud dia, simbolik saja tu...lagi pun orang Kelantan banyak simbolik.
“Sebagai contoh, kita malas hendak dengar orang yang cakap banyak, orang Kelantan akan kata, mu gi ghoyat dekat Che Pa (awak pergi beri tahu Che Pa). Sebenarnya, tidak siapa tahu siapa Che Pa tetapi ia hanya alasan untuk mengelak daripada terus mendengar orang itu bercakap.
“Begitu juga dengan tok guru, dia tidak mahu dengar orang bercakap pasal jatuh menjatuh ini sebab itu dia sebut Kolonel Mat nak jatuhkan dia, maksudnya lepas ini dia tidak mahu orang tanya lagi pasal itu, sebab itu awak (wartawan) jumpa tok guru pagi tadi, beliau tidak ulas lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujudnya konspirasi yang didalangi ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar dan Kerajaan Pas Kelantan.
Dakwaan tersebut dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiyah Islmiah Kelantan (Putik) di sini semalam tetapi ketika ditemui pemberita di rumahnya pagi ini, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut dan menjelaskan ia sahih.
Fatah yang turut hadir pada majlis tersebut dan mendengar ucapan itu berkata, beliau tidak percaya ada orang dalam parti itu ingin menjatuhkan pemimpin kanan mereka tetapi tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk menjatuhkan orang-orang kanan Nik Abdul Aziz.
“Tidak mungkin ada orang hendak jatuhkan tok guru tetapi kalau ada orang nak jatuhkan orang kanannya mungkin ada, biasalah dalam politik tidak mesti sehati sejiwa semuanya.
“Kalau pun benar wujud konspirasi nak jatuhkan orang kanan Nik Aziz, saya minta jangan dedahkan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti,” katanya.
Sementara itu, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau tidak pernah mendengar nama ‘Kolonel Mat’ seperti yang disebutkan itu.
“Ini kali pertama saya dengar, saya tidak tahu wujud atau tidak orang ini,” katanya.
Berita 3:
JAWAPAN SIAPA KOLONEL MAT:
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang, Saudara Afandi Yusoff dalam facebooknya melaporkan:
"Ramai yang bertanya mengenai siapakah Kolonel Mat yang disebut oleh MB Kelantan sebagai ingin membunuh politiknya. Orang itu adalah arwah ayah syeikh Kickdefella yang telah meninggal pada tahun 2003. Soalnya kenapa orang yang dah mati pun dihentam juga? Bagus ke hentam orang yang dah meninggal dunia?
Sila buka blog Kickdefella, semua maklumat berkaitan skandal Nik Aziz dan Pas Kelantan ada di situ.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
1 ulasan:
Apabila ada Kolonel Mat, mesti ada ketuanya yang berpangkat Jeneral. Mesti juga ada pembantu-pembantu yang berpangkat Leftenan Kolonel, Mejar, Kapten, Leftenan, Sarjan Mejar dan sebagainya.
Catat Ulasan