Layari http://waadat.blogspot.com/2009/05/manusia-biasa.html
Wednesday, May 20, 2009
Manusia biasa
Demang tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Manzaidi Mohd Amin, Penolong Editor Sinar Edisi Perak, hari ini. Pengalaman beliau selama 25 tahun menjadi wartawan mewajarkan beliau memberikan pandangan terhadap ahli politik di Malaysia, tidak kira pihak pembangkang mahupun kerajaan.
Beliau secara santai menyentuh realiti yang berlaku di Kelantan. Kenapa Kelantan? Padahal negeri yang paling bergolak sekarang ialah Perak, Selangor, dan Pulau Pinang?
Pada hemat Demang, beliau menceritakan perihal di Kelantan kerana negeri itu sudah lama dikuasai oleh PAS.
Menurut pemerhatian Manzaidi, pada peringkat awal PAS menguasai Kelantan kebanyakan wakil rakyatnya bersikap sederhana.
Hari demi hari, tahun demi tahun dan penggal demi penggal telah berlalu. Pemimpin PAS juga manusia biasa. Maka sudah ada yang menukar jubah kepada kot. Sudah ada yang menggantikan serban dengan kopiah dan ada juga yang menanggalkan terus kedua-duanya.
Kalau dulu berkenderaan sederhana, kini sudah berkereta mewah. Malah sudah ada yang berkahwin di luar negara serta terlibat dengan kes cerai berai macam artis. Siap dengan cerita sensasi.
Barangkali ramai yang belum lupa kes pemimpin PAS ditangkap khalwat dengan isteri orang. Pendekata, apa yang diumpat pada UMNO suatu masa dulu, itu jugalah yang dilakukan oleh PAS kemudiannya.
Mutakhir, budaya rasuah sudah mula berlegar dalam kalangan perwakilan PAS. Sebenarnya ia sudah lebih awal berlaku semasa kempen PRU-12 melibatkan para pengundi luar.
Memanglah semua parti memberi duit tambang kepada pengundi yang pulang ke kampung tetapi jumlah yang diberi oleh PAS agak lumayan dan dipastikan agar melebihi daripada yang ditawarkan oleh UMNO.
Setakat tambang, mungkin boleh dirasionalkan walaupun Demang kurang setuju. Tapi bila Tok Guru kata 'orang bagi kita ambil' maka siapalah Demang untuk menongkah fatwa beliau.
Itu mengenai PAS. Bagaimana agaknya pemimpin PKR 1-2 penggal lagi? Setakat ini sudah ada MB yang 'bersedekah' dengan duit kerajaan. Sudah ada YB yang menerima 'sedekah' seks.
Sudah ada exco yang tidur telanjang dan dikatakan ditemani oleh teman lelaki berbangsa Melayu.
Bagaimana pula dengan media PKR? Kelmarin anak Raja Petra sendiri terlibat dengan jenayah. Tian Chua sendiri mengaku memalsukan gambar Najib.
Demang paparkan di sini bagi kita sedar bahawa pemimpin juga manusia biasa walau memakai lambang yang berlainan.
Pemimpin PAS yang asalnya ikhlas berjuangpun boleh 'lupa daratan'. Inikan pula pemimpin PKR yang asalnya daripada UMNO. Penubuhan PKR pun kerana mempertahankan Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO kerana salahlaku seks.
Yang kita risaukan, apabila berlaku perubahan, maka prosesnya bukan boleh selesai dalam masa sehari dua. Tidak juga boleh beres dalam masa setahun dua.
Maka ada yang terlajak bicara, berlakulah pertelingkahan. Ada yang terlanjur laku, tercetuslah pergaduhan. Ada yang terlebih aksi, berbalah lagi. Ada yang berdemonstrasi yang boleh mengundang huru-hara.
Fikir-fikirkanlah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan