Selasa, 12 Mei 2009
Kesian Siva...tak sia-sia kamu
SETELAH tiga jam duduk di kerusi Speaker DUN, akhirnya Sivakumar terpaksa diusung dan diheret dari tempat duduknya oleh polis berpakaian preman dan Bentara DUN.
Dengan keadaan kepala ke depan, kaki terheret ke belakang, Sivakumar dibawa ke luar dari Dewan kerana mengingkari arahan kerajaan baru yang ketika itu mencadangkan R.Ganesan sebagai Speaker.
Sivakumar ada hak untuk tidak meninggalkan kerusi Speakernya. Bukan dia gila kuasa atau kemaruk hendakkan kerusi teratas dalam susunan Dewan itu. Dia enggan berganjak kerana dia menganggap dia adalah Speaker yang sah, yang dilantik selepas PR menang pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.
Tetapi kerana kerajaan baru pimpinan Dr. Zambry agak angkuh ketika itu, berlakulah peristiwa tengking menengking, sepak menyepak, tendang menendang, baling membaling, pulas memulas, siku menyiku dan macam-macam aksi lagi.
Bagaimanapun, berkat kesabaran Siva, akhirnya apa yang dia pertahankan ketika dalam Dewan Khamis lalu adalah hak dia.
Tetapi agak berbaloi juga, selepas naik kematu punggung duduk diam atas kerusi Speaker dan diheret macam bangkai, akhirnya hak dia kembali kepada dia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan