NASIHAT kepada Penolong Editor Edisi Perak, Manzaidi Mohd Amin yang berjiwa merdeka ini agar tidak menggunakan pendapatnya dan peluangnya selaku kakitangan mencemuh sebuah parti politik seolah-olah jurucakap bagi pihak parti politik.
Manusia bukan maksum, ada nafsu akal terpulanglah kepada mereka asalkan sumber halal. Apa nak dihairankan nelayan dan petani pun pakai Mercedes. Saya meluahkan bukan kerana politik, tetapi salah guna kuasa kakitangan akhbar bersuara mewakili parti politik baik BN atau PR tidak kepada umum.
Apa akan jadi kiranya laporan tidak tepat dan sesi saman menyaman berlaku siapa yang rugi. Renung-renungkanlah dan muhasabah diri, terimalah ini sebagai nasihat kerana seramai mana yang beriman dengan kata-kata kita semata-mata agar membenci satu puak yang perjuangkan Islam dan orang-orang yang dipesongkan kita tadi lari dari jemaah mereka, maka nak tahu hukuman tanya orang alim. - W’alam TOK SIAK.
KENYATAAN Manzaidi Mohd Amin dalam akhbar Sinar Rabu 20 Mei, "tentang isu khalwat dengan isteri orang".
Saya tahu siapa orang yang dimaksudkan, tapi apa yang berlaku kepada tuan punya badan adalah fitnah semata-mata, bagaimana jika Manzaidi sendiri pergi ke hotel dikhabarkan ada orang nak berjumpa, sampai ke bilik hotel, apa yang dilihat wanita yang tak dikenali berpakaian seksi, kemudian tak sampai 10 saat, datang pula pencegah maksiat.
Beginilah cerita sebenar kes khalwat Mat Sabu. Tak payah nak timbulkan isu yang tidak benar. Padahal ramai pemimpin BN yang berzina, sampai ke Danok pun ada.
BENAR apa yang ditulis oleh Manzaidi Mohd Amin di ruangan 7 minit beberapa hari lepas bertajuk ‘Sagu hati atau politik wang dalam Pas’. Katanya papan tanda ‘Membangun bersama Islam’ dan lain-lain sudah lusuh, namun tidak diambil endah oleh pihak berkenaan.
Katanya, dahulu pemimpin Pas pakai Proton Saga, namun kini Mercedes dan BMW pula. Jika benar, inilah yang dikatakan bertuhankan nafsu di negara. - ANTI KEMARUK, Tumpat
SETUJU dengan Penolong Editor Edisi Perak, Saudara Manzaidi Mohd Amin di ruangan 7 minit. Cuma pemimpin Pas pandai makan pandai simpan. Bukan seperti BN, siapa yang disyaki terlibat tentu heboh. Itulah sebab pemimpin PR semakin angkuh sebab mereka merasakan semua yang baik sudah tentu datang dari mereka. - TEGUR DARI HATI, Pasir Mas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan