Selasa, 3 September 2013

20 parti politik baru diluluskan

Sebanyak 20 permohonan pertubuhan parti politik baharu diluluskan pendaftarannya berkuatkuasa 28 Ogos lalu, 11 daripada Sabah, lima di Sarawak dan empat di Semenanjung.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya meluluskannya setelah meneliti dan berpuas hati dengan permohonan selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan telah menjalani tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ini merupakan 'hadiah' daripada pihak kerajaan untuk hak berpersatuan. Kita harap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya di ibu pejabat ROS Isnin.

Beliau menjelaskan, masa yang lama diambil untuk meluluskan permohonan mereka yang tertangguh sejak tahun 2008 kerana mahu memperhalusi dan meneliti keupayaan sesebuah pertubuhan parti.

Katanya, ada juga permohonan yang tidak diluluskan dan perlu ditolak kerana dasar perlembagaan yang tidak teratur dan permohonan tak lengkap.

"Masa depan sesebuah negara bergantung kepada pertubuhan parti ini. Oleh itu kita kena betul-betul menilai sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab," katanya.

Parti politik daripada Semenanjung:
1) Parti Keadilan India Malaysia (MIJP)
2) Parti Generasi Baru (NewGen Party)
3) Parti Nasional Malaysia (MNP)
4) Parti Nasional Penduduk Malaysia (People’s National Party of Malaysia)

Parti politik Sabah:
5) Parti Kebangsaan Sabah (PKS)
6) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru
7) Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA)
8) Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN)
9) Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN)
10) Parti Bersatu Bugis Sabah
11) Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS)
12) Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party
13) Parti Cinta Sabah (PCS)
14) Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU)
15) Parti Damai Sabah (PARTI SPP)

Parti politik Sarawak:
16) Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS)
17) Parti Bumi Kenyalang (PBK)
18) Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS BARU)
19) Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB)
20) Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai / People’s Alliance For Justice of Peace (Peace Party-Sarawak)

Tiada ulasan:

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...