Al Fatihah. Bekas Ahli Parlimen Tumpat, Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad
telah kembali ke Rahmatullah malam tadi (27hb Sept 2013) di Institiut Jantung Negara
(IJN) di Kuala Lumpur. Jenazahnya diterbangkan dari Lapangan Terbang TUDM, ke Kota Bharu pada jam 9 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada 10 pagi
ini.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Telipot, Kota Bharu dan disembahyangkan pada waktu Zohor, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Lundang, Kota Bharu selepas Zohor.
Allahyarham menjadi Ahli Parlimen Tumpat selama dua penggal dari
tahun 1974 hingga 1990.
Allahyarham seorang yang aktif dalam Pergerakan Wanita di Kelantan dengan
menyertai Perkumpulan Perempuan Kelantan (PPK). Beliau juga adalah pengerak sosial yang aktif sekitar tahun 60-an hingga tahun 80-an. Tengku Noor
juga pernah menjadi Ketua Kaum Ibu Umno.
Ketika krisis Umno Kelantan yang membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat
46 (S46), Allahyarham juga menjadi Ketua Wanita Semangat 46 dan kembali
semula ke dalam Umno apabila Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996.
Allahyarham memang lahir dalam keluarga politik. Ayahndanya yang dikenali
dengan Tengku Ahmad Panglima Perang adalah Pengerusi Umno Kelantan
sebelum merdeka. Beberapa orang saudaranya ikut aktif dalam politik.
Semasa menjadi Anggota Parlimen pada tahun 1974, adiknya Tengku Zaid Tengku Ahmad
juga menjadi Anggota Parlimen Pasir Mas mewakili Pas.
Allahyarham juga adalah kekanda kepada Sultanan Johor, Tengku Zahariah
Tengku Ahmad dan adik kepada Tengku Iskandar Tengku Ahmad.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan