KUALA LUMPUR: Kontroversi Sekolah Kebangsaan (sk) Seri Pristana selesai setelah
Kementerian Pendidikan mencapai kata sepakat antara ibu bapa dan guru
sekolah terbabit hari ini, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris
Jusoh.
pada masa sama, Idris juga memberi amaran keras kepada pihak
luar yang menjadi "batu api" dalam kes sekolah terbabit supaya tidak
mengulangi perkara tersebut, sedangkan ia boleh diselesaikan dengan cara
baik.
"Orang luar jangan mengapi-apikan lagi perkara ini kerana guru besar, guru dan ibu bapa agak tertekan.
"Kita tutup kes ini dengan program 'forgive & forget' untuk
kembalikan suasana muhibah, perpaduan dan terapkan kasih sayang ke
sekolah ini," katanya kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan di
Sekolah Menengah Seri Pristana, Sungai Buloh Selasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan