Selasa, 9 Februari 2010
Dr Zambry MB sah
09 Feb 2010
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah mengikut Perlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.
Keputusan itu menamatkan episod pergolakan politik di negeri itu dan Dr Zambry yang memimpin BN negeri dapat meneruskan usaha bekerja untuk rakyat
“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat yang tidak berhenti berdoa untuk keadilan dan kesejahteraan negeri Perak.
“Sebagai insan saya merasai akan kekerdilan diri saya dan ia memberikan kesedaran untuk saya melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya kepada rakyat negeri Perak,” katanya.
KRONOLOGI:
6 Februari 2009: Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-11 menggantikan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dengan perkenan Sultan Perak.
Bagaimanapun, pelantikan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Mohamad Nizar yang kemudiannya pada 13 Februari telah mengambil tindakan undang-undang meminta mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah, selain meminta injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
Pada 6 Mac: Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu perlembagaan itu.
Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya Mohamad Nizar melawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi pada 23 Mac.
Pada 3 April: Mohamad Nizar diberi lampu hijau oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lunmpur untuk mencabar kesahihan perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan difailkan Mohamad Nizar adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie.
11 Mei: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Bagaimanapun, sehari kemudian, Dr Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
22 Mei: keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan perlantikan Dr Zambry sebagai sah dan mengikut perlembagaan.
19 Jun: Mohamad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.
5 Nov: Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Februari 2010.
9 Feb 2010: Panel lima hakim sebulat suara memutuskan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
2 ulasan:
Salam,
Biarkan mereka dengan permainan KOTOR mereka.Mereka yang membuat tuntutan di Mahkamah, dan mereka jugalah yang tidak menerima keputusan Mahkamah.
Apapun,Tahniah dan syukur kehadrat illahi kita masih diberi peluang utk berkhidmat dan membuktikan sesuatu kepada Rakyat Perak.Rapatkan Saf dan Bersatu padu dalam menyiapkan jentera pertahanan agar kita tidak lagi lemah dan lalai seperti sebelumnya.Buktikan Sokongan kita yang tidak berbelah bahagi dan bersama-sama kita membantu dalam menyelesaikan kekusutan serta masalah rakyat jelata.
----------------------------------
Kami Terjah, Kami Bongkar & Kami Kerjakan di 10SIBUDAKHITAM.BLOGSPOT.COM
Tahniah atas kemenangan BN Perak. Saya turut tumpang bangga dan harap kerajaan pimpin Dr Zambry bekerja keras utk memenangi hati rakyat.
Catat Ulasan