Jumaat, 20 Mei 2022

Info dari HKB dan Pasir Mas: 1. Hari ini 19 Mei 2022 Khamis, hari keenam ayah dalam Wad ICU HKB. Masih ditidurkan. 2. Waktu melawat pesakit jam 5 ptg ini, doktor beritahu pada adik keadaan atau kesihatan ayah. 3. Doktor kata, berdasarkan keadaan jantungnya hanya 28 peratus saja harapan untuk... Maknanya, jantung ayah tersangat lemah ketika ini. 4. Doktor juga maklum, paru-paru ayah ada darah beku (bukan kuman). Darah beku ini boleh dihilangkan dengan makan ubat cair darah, tapi doktor tak boleh beri sebab darahnya sudah terlalu cair dan kalau beri juga, akan merisikokan kesihatan ayah. 5. Doktor juga beritahu, kalau berlaku apa-apa kecemasan, doktor tak boleh buat CPR sebab bimbang tulang dadanya akan patah dan boleh rosakkan anggota dalam badan. CPR tidak sesuai dengan usia ayah 84 tahun dan keadaannya ketika ini. 6. Doktor tanya pendapat anak2, kami hanya mampu serahkan pada Allah, selain kebijaksanaan doktor. 7. Doktor kata, satu cara lagi nak mudahkan ayah bernafas ialah tebuk tekak dan masukkan ventileter, tapi doktor kata, tak mungkin lagilah setakat ni. 8. Doktor akan cuba ikhtiar dengan cara lain dan kalau tak ada perkembangan juga, ayah akan dipindahkan ke wad biasa untuk diserahkan pada anak-anak menjaga. Maknanya, inilah ikhtiar terakhir doktor. 9. Aku kagum dengan doktor yang merawat ayah. Mereka merawat ayah atau pesakit yang berusia lebih 80 tahun seperti nyawa sendiri. Mereka profesional, mereka guna segala ilmu perubatan yang dipelajari untuk menyelamatkan nyawa pesakitnya dan tidak pernah putus asa. 10. Doktor tidak seperti mekanik kereta. Mekanik kereta kalau kita hantar kereta berusia lebih 20 tahun, mereka tolak tak mahu baiki dengan alasan kereta itu sudah terlalu buruk hinggakan tak tahu nak baiki atau ganti alat apa lagi. 11. Doktor tidak begitu, selagi mereka boleh ikhtiar, mereka akan ikhtiar. Kita merancang, Allah menentukan. 11. Terima kasih doktor.

Tiada ulasan: