Kementerian Kewangan perlu mengkaji semula keputusannya meluluskan lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia pada Jun ini, bagi mengelak cemuhan pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan langkah itu.
Pengerusi Biro Agama Islam Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusuf berkata, orang ramai dari pelbagai peringkat kini mula memperkatakan mengenai keputusan itu yang mereka sifatkan sebagai menghalalkan perbuatan haram.
Katanya, banyak kaedah lain kementerian perlu lakukan seperti menumpukan kepada usaha meningkatkan kebajikan rakyat dan pembangunan sosioekonomi negara, bukan mencetuskan isu baru yang dijadikan modal kepada pembangkang untuk memburukkan kerajaan.
"Saya menerima banyak aduan, keluhan dan rungutan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Mereka mempersoalkan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak. Rata-rata mereka tidak bersetuju dan kesal dengan keputusan itu. Kita harap kerajaan mengkajinya semula.
"Sebagai rakan dalam Barisan Nasional (BN), atas nama Biro Agama Islam PPP Pusat, saya minta Kementerian Kewangan atau Kerajaan Pusat menarik semula keputusan itu bagi meredakan kemarahan rakyat yang majoritinya beragama Islam," katanya.
Beliau mengulas langkah kerajaan mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia, awal Jun ini.
Keputusan itu turut mendapat bantahan daripada banyak pihak termasuk pemimpin UMNO, ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana tindakan itu secara tidak langsung akan memberi kesan negatif dan imej buruk kepada negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Nik Sapeia yang juga Naib Presiden PPP berkata, kerajaan juga harus mendengar dan menerima teguran tokoh agama termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam.
"Kita khuatir hasil judi itu yang akan digunakan untuk meningkatkan pembangunan sukan boleh memudaratkan. Walaupun kita tidak tahu apa kesannya, tetapi ia memang tidak sesuai.
"Saya harap perkara ini dinilai semula dan kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam yang membantah kelulusan lesen judi. Cukuplah apa yang ada di Genting Highland," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan