Pelik bin ajaib.
Ternyata Pas pada bila-bila masa boleh mengharamkan yang halal, menghalalkan yang haram. Pada Pas, agama Islam hanya alat boleh digunakan untuk kepentingan politik walaupun hakikatnya mereka sudah tidak ada akidah lagi.
Awal tahun 1990-an, Tun Dr Mahathir dan barisan kepimpinan UMNO dikecam hebat, dikutuk bagaikan nak gila oleh pemimpin tertinggi Pas, pemimpin terendah Pas dan para penyokongnya kerana Tun Mahathir menolak hukum hudud dilaksanakan di negara ini.
Macam-macam kata-kata kesat dan tuduhan dilemparkan kepada pemimpin BN itu dengan gelaran Maha Firaun dan kafir laknat. Sekarang siapa firaun? Sekarang siapa yang patut dilaknat kerana mempermainkan al-Quran dan agama? Sama-samalah kita fikirkan.
Segala apa yang mereka lemparkan kepada Tun Mahathir, kini terpalit ke muka sendiri. Maknanya, ilmu agama yang dimiliki oleh pemimpin Pas ini 20 tahun ke belakang daripada ilmu agama yang ada dalam dada Tun Mahathir dan pemimpin UMNO.
BACA DAN HAYATI KENYATAAN NIK AMAR INI dan kepada umat Islam (kecuali pemimpin dan penyokong tegar Pas) jadikan kenyataan ini sebagai pengajaran.
Hudud tidak semestinya dilaksana – Pas
Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU 2 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.
Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.
Malah, katanya, Pas dan rakan-rakannya dalam pakatan itu juga tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan walaupun ada pandangan yang mengatakan ia perlu dipinda sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam.
“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.
“Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya.
“Bagi kita secara personalnya, perjuangan kita adalah untuk menegakkan syiar (Islam), tetapi kita tidak akan memaksakan hasrat ini kepada masyarakat.
“Bila masyarakat sudah bersedia dengan penjelasan, kefahaman, pada masa itu kita akan laksanakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan yang pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.
Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk Pas terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan perlembagaan sedia ada.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.
Baru-baru ini, Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan Negara.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Dakwah negeri berkata, cita-cita Pas untuk menegakkan syariat dan sebuah negara Islam tidak pernah berubah tetapi pelaksanaannya bergantung kepada persediaan masyarakat yang juga pengundi.
“Rakyat Malaysia iaitu pengundi, walaupun pilih Pakatan Rakyat tetapi mereka belum bersedia untuk menerima pelaksanaan (hukum hudud) kita tak jadi masalah.
“Selama ini kita bagi tahu nak laksanakan negara Islam pun bukan nak memaksa, tapi dilaksanakan dengan persetujuan pengundi, itu paling penting. Sebab, bila rakyat setuju soal perlembagaan sekular tak berbangkit dah,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan