Kerajaan Pusat Peruntuk Lebih RM1Bilion Bina Lebuh Raya Di Kelantan
MACHANG: Kementerian Kerja Raya memperuntukkan lebih RM1 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk membina lebuh raya pertama bagi Kelantan, yang menghubungkan Pahang-Gua Musang-Kuala Krai, di bawah fasa pertama projek iaitu selama dua tahun.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pembinaannya sudah dimulakan di Simpang Pelangai, Pahang dengan keutamaan diberikan kepada laluan berselekoh.
"Jalan sepanjang 390 kilometer itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir RMK-10," katanya kepada pemberita selepas merasmikan menyuarat agung berkelompok Umno Bahagian Machang di Sekolah Kebangsaan Hamzah 2, Sabtu.
Beliau mengulas kekesalan Ketua Umno Bahagian berkenaan Datuk Jazlan Yaacob kerana Kelantan belum mempunyai rebuh raya dan jauh ketinggalan berbanding negeri lain.
Shaziman, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata laluan empat lorong yang dibina di bawah Koridor Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) itu akan memendekkan perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata apabila lebuh raya itu siap, ia akan merancakkan proses pembangunan di Kelantan.
Mengenai jalan raya Kuala Krai-Kota Baharu yang begitu sibuk, beliau berkata cadangan membina laluan baru akan dipertimbangkan.Shaziman berkata kementerian mempelawa syarikat swasta yang berminat menyertai konsesi pembinaan dan sedia memberi pertimbangan jika terdapat permohonan.
"Jalan baru, jika ada, boleh mengurangkan kesesakan, terutama pada musim perayaan apabila ramai rakyat Kelantan yang berhijrah ke luar Kelantan pulang berhari raya di kampung masing-masing," katanya. - BERNAMA (Sabtu April 2, 2011)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan