(Siapa Sultan Sulu Yang Sebenarnya??... lihat bawah berita ini)
KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, Khamis.
Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.
Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.
"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.
Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.
Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.
Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. BERNAMA
Pada 4 April 2009 yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan
satu tindakan kurang ajar dan biadap apabila seorang lelaki berketurunan
Suluk, Datu Abdul Razak Datu Aliuddin, bersama 11 orang pengikutnya
telah mengadakan perhimpunan haram dan bertindak membakar enam bendera
Sabah di hadapan Pasaraya Milimewa dan Pasar Rakyat, Lahad Datu sekitar
jam 8.30 pagi (Sabtu).
KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, Khamis.
Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.
Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.
"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.
Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.
Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.
Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. BERNAMA
Siapa Sultan Sulu Yang Sebenar
Kesemua mereka adalah wargananegara Malaysia
kerana memiliki mykad berumur antara 18 hingga 41 tahun yang tinggal di
sekitar daerah Lahad Datu.
Datu Abdul Razak sebelum ini mengaku
sebagai 'Sultan Sabah' yang berkuasa penuh ke atas negeri ini dan
menggunakan cop mohor dan bendera Kesultanan Sulu telah beberapa kali
mendapat liputan media masa tempatan sebelum kejadian ini.
Sultan Sulu?Datu Abdul Razak sebenarnya bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Malah menurut satu sumber, terdapat 97 individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu, terutamanya dari selatan negara Filipina.
Malahan, terdapat beberapa ‘Sultan Sulu’ yang telah membina laman sesawangnya sendiri bagi menarik perhatian umum.
Secara umumnya, para penyamar Sultan ini menggunakan gelaran Sultan of Sulu & North Borneo (Sabah), satu nama yang menunjukkan kebangangan mereka sendiri kerana secara tidak langsung, mereka mengakui Sulu dan Sabah sememangnya dua buah entiti yang berbeza.
Jika mereka bijak sedikit, sudah pasti mereka menggunakan nama Sultan of Sulu Darul Jambangan, bagi menunjukkan keseluruhan wilayah Sultan Sulu yang meliputi Pulau Sulu, Basilan, Tawi-tawi, Selatan Palawan dan sebahagian Jambangan (Zamboanga).
Kebanyakan 'Sultan' ini hanya menumpukan dua perkara semata-mata, iaitu hendak menuntut Negeri Sabah, serta mendapatkan wang pajakan dari Kerajaan Malaysia. Malangnya, jarang kedengaran 'Sultan Sulu' yang berjuang hendak memerdekakan kembali wilayah Kesultanan Sulu.
Malahan, mereka sendiri sebenarnya tidak berkuasa langsung dalam aspek pemerintahan di 'wilayah' mereka di selatan Filipina, termasuklah 'Sultan Sulu' yang diiktiraf oleh Pemerintah Filipina!
Pingat dan Darjah Kebesaran Sultan Sulu?
Antara
sekian banyaknya ‘Sultan Sulu’, yang paling menarik perhatian sudah
tentu Sultan Rodinood Julaspi Kiram, apabila tersebarnya berita dia
telah menganugerahkan “Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu” kepada beberapa
orang rakyat Malaysia.
Antaranya ialah enam artis Malaysia yang
menerima pingat Seri Pengiran Diraja Sulu (SPDS) yang membawa gelaran
Datuk Seri Pengiran iaitu kepada penyanyi 1960-an Jeffrey Din dan L
Ramli, pelakon Mat Sentul dan penyanyi popular 1980-an, Azizul Khamis,
Sheqal dan Salwa Abdul Rahman.
Mantan isteri penyanyi Nash Lefthanded,
Sosilawati Lawiya yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage
didakwa menerima Pingat Paduka Diraja Sulu (PPDK) yang membawa gelaran
Datuk Paduka.
Seorang lelaki yang mendakwa sebagai Setiausaha Eksekutif dan Penyimpan
Mohor Besar Diraja Sultan Sulu dan Borneo Utara, Putra Eddy T Sulaiman,
mendakwa anugerah berkenaan diberikan berdasarkan sumbangan mereka dalam
bidang hiburan.
Beliau mendakwa, setiap penerima anugerah itu diberikan
kad pengenalan khas yang membuktikan pengurniaan darjah kebesaran
Kesultanan Sulu dan pemilihan penerima pingat itu dibuat secara teliti
oleh jawatankuasa khas berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang
masing-masing.
Sultan Sulu bercadang memberikan anugerah darjah
kebesaran baginda kepada pengamal media di negara ini seperti wartawan
dan jurugambar. Apa tujuan niat dan motif sebenar mereka memberi ‘Darjah
Kebesaran’ kepada penyanyi dan akan datang, kepada wartawan ni, hanya
Allah sahajalah yang tahu.
Mungkin meniru idea sebuah negeri yang
mengurniakan pingat ‘Datuk’ kepada seorang pelakon antarabangsa atas
alasan ia dapat membantu mempromosikan sektor pelancongan negeri
tersebut.
Apa yang menambahkan panas kepada berita tersebut adalah apabila seorang
lelaki yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, Datu Mudarasulail Kiram,
mengatakan terdapat pihak tertentu yang menyebarkan risalah mengenai
penganjuran ‘Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu’ dan
disertakan dengan borang permohonan untuk memiliki darjah kebesaran
tersebut lengkap dengan senarai harga bagi setiap anugerah.
Penganjur
majlis berkenaan didakwa menetapkan ‘harga’ bagi bayaran darjah Datuk
Seri Panglima Diraja Sulu (SPDS) adalah RM220,000, selain Datuk
Bendahara Diraja Sulu (DBDS) (RM150,000), Datuk Paduka Diraja Sulu
(DPDS) (RM120,000), Datuk Pangeran Sultan Sulu (DPSS) (RM80,000) dan
Datin Seri Sultan Sulu (DSSS) (RM80,000).
Penyelesaian?
Kesultanan Sulu mempunyai Tartib (Protokol) yang tersendiri termasuk dalam hal pewarisan takhta. Merujuk kembali kepada sejarah dan adat Kesultanan ini, Kesultanan Sulu sebenarnya mempunyai dua pewaris (digambarkan dalam bendera Sulu) seperti berikut :
i. Pewaris Pertama - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Azimuddin / Alimuddin I ibni Sultan Badaruddin I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Keris. Terbahagi kepada dua keluarga :
a) Keluarga Kiram
b) Keluarga Shakiraullah
Petunjuk daripada Geran Pajakan Penyerahan Kekal Sabah
Dalam geran yang ditandatangani bagi pajakan secara kekal bagi wilayah Sabah, dinyatakan sebanyak empat kali perkataan "Pewaris dan Penyambung" atau dalam Bahasa Inggerisnya "The Heir and Successor".
Kesultanan Sulu mempunyai Tartib (Protokol) yang tersendiri termasuk dalam hal pewarisan takhta. Merujuk kembali kepada sejarah dan adat Kesultanan ini, Kesultanan Sulu sebenarnya mempunyai dua pewaris (digambarkan dalam bendera Sulu) seperti berikut :
i. Pewaris Pertama - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Azimuddin / Alimuddin I ibni Sultan Badaruddin I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Keris. Terbahagi kepada dua keluarga :
a) Keluarga Kiram
b) Keluarga Shakiraullah
ii.
Pewaris Kedua - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin
ibni Sultan Badruddin I, dari isterinya seorang Puteri anak pemerintah
Puak Tidung di Kalimantan Timur, dikenali sebagai Keluarga Maharajah
Adinda. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Tombak.
Kesultanan Sulu mewujudkan Pewaris Kedua sebagai "Penyelamat
dan Penyambung" kepada Kesultanan Sulu, iaitu sekiranya hak Kesultanan
Sulu berakhir di tangan Pewaris Pertama. Sejarah perkara ini perlu
dilihat kembali kepada semasa pemerintahan Sultan Badaruddin-I ibni
Sultan Salahuddin-Karamat yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga
1732.
Putera sulung Sultan Badaruddin-I yang bernama Datu Lagasan
menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan gelaran Sultan Azimuddin @
Alimuddin I. Tetapi selepas pembaptisan baginda oleh para paderi
Sepanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama
Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo).
Jika mengikut
hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin /
Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah
termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama Kristian.
Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya, Raja Muda Datu Bantilan, yang merupakan putera Sultan Badaruddin I yang kedua.

Bagi mengelakkkan perbalahan itu
berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri
serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga,
dan kemudiannya ke Manila dan diberi sambutan dan layanan yang baik
oleh para pegawai Sepanyol dan para Jesuit Kristian.
Semasa ketiadaan
Sultan Azimuddin @ Alimuddin I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu
dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan
menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai
Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga
1763.
Takhta kesultanan Sulu kemudianya digilirkan antara beberapa pewaris daripada Keluarga Pertama dan Kedua ini. Hinggalah kepada Sultan Sulu yang terakhir daripada Keluarga Kedua iaitu Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo.

Namun, memandangkan usia beliau
yang telah lanjut dan tua, beliau kemudian menyerahkan takhtanya kepada
seorang pewaris daripada Keluarga Pertama iaitu Sultan Jamalul Azam.
Takhta Sultan Sulu kemudiannya dimonopoli sepenuhnya oleh Keluarga
Pertama yang kemudiannya dikenali dengan nama keluarga 'Kiram'.
Memandangkan tempoh Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo menaiki
takhta tidak sampai seminggu, nama baginda sering digugurkan dalam
senarai salasilah Sultan-sultan Sulu hingga menyebabkan hak keturunan
Keluarga Kedua dinafikan dan tidak diketahui oleh para pewaris daripada
Keluarga Pertama pada hari ini.
Waris daripada Keluarga Kedua ini
kemudian dikenali dengan nama keluarga 'Maharajah Adinda' dan mereka
masih mempunyai hak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu jika ia
termansuh disebabkan oleh tindakan daripada Keluarga Kiram ini.
Petunjuk daripada Geran Pajakan Penyerahan Kekal Sabah
"Pewaris" yang dimaksudkan disini ialah Keluarga Kiram yang ketika itu
memonopoli jawatan Sultan Sulu, sementara "Penyambung" yang dimaksudkan
ialah Keluarga Maharajah Adinda, yang berhak untuk menuntut kembali
takhta Kesultanan Sulu sekiranya terjadi apa-apa perkara yang
menyebabkan ianya termansuh oleh Keluarga Kiram.
Pajakan yang
dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal
sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala".
Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak
boleh lagi mempersoalkan apatah lagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri
Sabah. Kuasa yang boleh dipohon oleh para waris Sultan Sulu yang
benar-benar berhak hanya dari segi tuntutan wang pajakan semata-mata.
Pulau / Sepoh Janggi
Keturunan
Waris Kesultanan Sulu adalah saudara kepada Kesultanan Brunei.
Sultan Mohammmad Hassan, Sultan Brunei ke-9, telah menyerahkan satu
"Lambang Pusaka”, iaitu belahan biji benih Coco De Mer, yang dipanggil
di Sulu sebagai "Pulau Janggi" dan di Brunei sebagai "Sepong/Sepoh
Janggi".
Pulau Janggi ini telah diberikan kepada Putera Bongsu /
Pangiran Shahbandar Maharajalela, yang telah dihantar untuk menjadi
Sultan Sulu sekitar tahun 1600 dengan gelaran Sultan Mawalil Wasit I.
Pulau
Janggi @ Sepoh Janggi (Coco de Mer) ini hanya diamanahkan kepada
Keluarga Maharaja Adinda, bukan kepada Keluarga Kiram atau
Shakiraullah". Ini bertujuan sebagai bukti akan kesahihan hak pewaris
kedua sebagai pewaris dan penyambung kepada Kesultanan Sulu (The Heirs
and Successors).
Juga merupakan pewaris yang sememangnya berkelayakan
sepenuhnya untuk menuntut hak ke atas Wilayah dan Harta Milik Kesultanan
Sulu iaitu sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi kepada
Sultan Sulu daripada “Pewaris Pertama”.
Pulau
Janggi @ Sepoh Janggi ini telah dipulangkan ke Muzium Brunei oleh
Pewaris Maharajah Adinda yang bernama Datu Aliuddin Haddis Pabila bin
Datu Syeikh pada 4 Mei 1978 dan telah disahkan kebenarannya oleh
Pengarah Muzium Brunei pada masa itu.
Pihak Muzium Brunei telah
mengesahkan ketulenan Barang Pusaka tersebut dan mengesahkan hanya
“Pewaris Kedua” sahaja yang berhak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu
yang telah kosong pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan