Leong Pei Koe dipenjara sebulan, denda RM8,000 kerana tunjuk isyarat lucah
BALIK PULAU: Leong Pei Koe dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.
Leong, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini, pada pukul 11.50 pagi, 11 Feb lepas.
Bagi pertuduhan kedua, Leong didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ditempat, masa dan tarikh yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan dendaRM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Feb.
Leong membayar denda itu. Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Leong bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -- BERNAMA
Alumni, Warga UiTM Kesal Insiden Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Raja Permaisuri Agong
SHAH ALAM: Lebih 700,000 alumni, warga kerja dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) melahirkan rasa kesal dan sedih terhadap tindakan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, Isnin lepas.
Timbalan Presiden Persatuan Alumni UiTM Datuk Ahmad Shafee Sabaruddin berkata perbuatan suspek berusia 29 tahun itu merupakan satu penghinaan kepada seluruh institusi raja Melayu dan bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.
"Secara langsung ia adalah satu penghinaan terhadap warga kerja, pelajar serta alumni UiTM di mana Yang di-Pertuan Agong adalah Canselor UiTM.
"Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh danmengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki itu atas perbuatan melampaunya,"katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu diIbu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini petang Rabu.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari, Isnin lepas, suspek yang juga graduan darisebuah universiti di Scotland dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketikakenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
Lelaki itu dikatakan bertindak demikian selepas berlaku pertengkaran antara suspek dengan bapanya menyebabkan dia melepaskan geram dengan menunjukkan isyarat lucah dan secara kebetulan kereta Permaisuri Agong lalu di kawasan itu.
Suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk membantu siasatan mengikutSeksyen 294 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mengenai kesopanan di tempatawam, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga bulan atau denda ataukedua-duanya sekali.
Ahmad Shafee berkata laporan polis itu juga dibuat bagi memberi pengajaran kepada pihak lain supaya tidak sewenang-wenangnya memperlekeh kesultanan Raja Melayu.
"Kadang-kadang kita rasa dihina, bila mereka lakukan perbuatan biadap dengansatu perkataan 'maaf' sahaja kita dah maafkan, lain kali orang lain juga akanlakukan perkara yang sama juga.
"Kami harap perbuatan biadap ini diambil serius dan meminta polis menyiasatserta mengambil tindakan sewajarnya berpadanan dengan tindakan lelaki itu,"katanya. -- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan