Selasa, 3 Februari 2015

"Anak saya sering diganggu lelaki itu..."

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan Islam Kampung Cerok Mokkan, Jitra di mana jenazah Nursyuhada Johari, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UITM), Permatang Pauh disemadikan.
 
Allahyarham maut selepas lehernya dikelar oleh seorang lelaki dikenalinya di dalam sebuah kereta di KM228.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, di dalam kejadian yang berlaku pada 11.55 pagi ketika laluan itu sibuk dengan kenderaan.
 
Menurut bapa mangsa, Johari Hashim, 55, allahyarham anaknya mula diganggu oleh suspek yang tinggal sekampung semenjak empat tahun lepas ketika Nursyuhada masih lagi berada di Tingkatan Lima di sebuah sekolah berhampiran.
 
Suspek menurutnya pernah menyatakan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan allahyarham tetapi dihalang kerana merupakan seorang penagih dadah.
 
"Laporan polis telah dibuat empat tahun lepas tentang gangguan yang diterima oleh allahyarham tetapi ia berterusan. Saya juga pernah menghantar pesanan ringkas (sms) kepada suspek memintanya supaya berhenti mengganggu anak saya," katanya.
 
Tidak lama selepas itu SMS itu, suspek mula bekerja sebagai tukang masak di Melaka tetapi masih terus menganggu allahyarham anaknya.
 
Suspek menurutnya pernah bertindak ganas sebelum ini dengan memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini dan melarikan Nursyuhada dengan menaiki kereta sebelum mereka sekeluarga menemui semula allahyarham di dalam keadaan selamat.
 
Dalam kejadian semalam, rakan sekelas allahyarham telah menghubungi isterinya memaklumkan suspek telah mengugut hendak menikam Nursyuhada sekiranya beliau enggan mengikut arahannya untuk menaiki keretanya.
 
Isterinya, kata Johari, cuba menghubungi allahyarham beberapa kali tetapi gagal, menyebabkan mereka meminta bantuan keluarga suspek menghubunginya.
 
Johari berharap suspek dikenakan hukuman setimpal dan pihak berkuasa tidak terpengaruh dengan dakwaan mengatakannya menghidap penyakit mental dan telah lama tidak mengambil ubat.
 
Beliau yang kali terakhir bertemu anaknya di stesen bas Shabab Perdana, Alor Setar awal Januari lepas ketika mahu menghantarnya kembali di kampusnya percaya anaknya dibunuh kerana menolak cinta lelaki terbabit. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Transkrip penuh temuramah KP SPRM Mohd Shukri:

"I want to see yo u cerita pengalaman i dalam siasatan kes  personal  1MDB.  Before i proceed I am gonna because, just now i got meet...