Ahad, 17 April 2016

Bom buatan sendiri: Polis sahkan jumpa tujuh bahan letupan, suspek diburu

Bom buatan sendiri: Polis sahkan jumpa tujuh bahan letupan, suspek diburu
Bahan letupan yang ditemui dalam sebuah unit kondominium di Damansara Perdana awal pagi tadi. - Foto sumber PDRM
 
PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan penemuan tujuh bahan letupan di dalam kotak di sebuah unit kondominium Metropolitan Square di Damansara Perdana di sini, dan bukan lima seperti yang dilaporkan pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, Pasukan Khas Bukit Aman telah menyerbu unit di tingkat 17 kondominium itu pada jam 4.30 pagi namun beberapa suspek sempat meloloskan diri.
Berikutan penemuan bahan letupan itu, pihak polis mengarahkan lebih 200 penghuni kondominium untuk mengosongkan premis berkenaan.

Balai Bomba dan Penyelamat Damansara juga telah dihubungi yang kemudian menggegaskan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Pasukan unit pemusnah bom juga turut berada di lokasi bagi memantau keadaan dan kesemua unit bom tersebut selesai dimusnahkan di satu kawasan kuari berdekatan.

Laporan jenayah

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad memaklumkan, serbuan di kondominium berkenaan adalah susulan satu laporan jenayah yang berlaku di Jalan Wan Empok, Sri Petaling, Kuala Lumpur sekitar 1.30 pagi Ahad.

Terdahulu, dua daripada suspek yang melarikan itu didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada seorang penghantar barang.

Suspek dikenali Ng Woon Chieh atau Ah Chong, 37, dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala seorang lagi suspek dikenali sebagai Chow How Luen, 39.

Menurut Zainuddin, kedua-dua suspek bersama seorang lagi individu meletakkan objek berupa bom di dalam bilik mangsa dan memukulnya hingga pengsan.

Mangsa yang bersusia 48 tahun itu bersama keluarganya diselamatkan pihak berkuasa didapati mengalami lecur di bahu kiri dan luka akibat digari.
Motif kejadian masih disiasat.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan penemuan bom buatan sendiri di unit kondominium di Damansara Perdana tiada kaitan dengan unsur keganasan.

"Hal ini ada kaitan dengan kegiatan jenayah, tetapi bukan keganasan," ujar beliau.

Tiada ulasan:

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...