Khamis, 7 April 2016

Tak payah cakap politik... polis hanya penguatkuasa undang-undang, kata KPN


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan pihaknya menahan Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli di pekarangan Parlimen petang semalam, kerana ianya mengikut undang-undang.

Katanya, terpulang kepada pemimpin politik untuk bercakap apa sahaja sesuka hati mereka mengenai tindakan itu.

"Tak payah saya ulas cakap-cakap politik. Saya dan anggota hanya jalankan tanggungjawab sebagai penguatkuasa undang-undang negara," katanya dipetik dari portal BNBBC.my.

Beliau diminta mengulas kritikan Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan tindakan polis menahan Rafizi di pekarangan Parlimen, sedangkan laluan itu sepatutnya bebas kepada ahli-ahli wakil rakyat.

Mereka turut mendesak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat ruling berhubung tindakan itu dengan alasan tangkapan berlaku di kawasan Parlimen dan bertentangan dengan usul Peraturan Mesyuarat 1(e).

Peraturan Mesyuarat 1(e) adalah usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan lalu lalang kepada ahli-ahli Dewan.

Khalid berkata, terpulang kepada pemimpin politik bercakap apa mereka suka mengenai isu tersebut.

"Apa yang penting tindakan kami adalah mengikut undang-undang yang mereka luluskan (di Dewan Rakyat)," katanya.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR ditahan sepasukan anggota polis di pekarangan Parlimen jam 6.38 petang sebaik beliau keluar.

Penahanan beliau dibuat mengikut Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi (1972) berkaitan kenyataannnya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mempertahankan tindakan polis menahan Rafizi.

Menurutnya, penahanan Rafizi adalah selaras peruntukan Seksyen 15 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Beliau turut berpendapat Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tidak memberi imuniti kepada Ahli Parlimen melakukan kesalahan jenayah.

"Bagaimanapun, saya yakin PDRM mempunyai justifikasi sendiri kenapa penahanan dibuat di lokasi sedemikian," katanya.

Tiada ulasan:

Musuh sebenar Yahudi bukan Palestin, tapi Bani Jawi.

BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...