Khamis, 19 Januari 2017

Polis keparat


Manila: Polis Filipina menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan Korea Selatan sebelum memperdaya isteri mangsa, kononnya suaminya masih hidup bagi memeras wang daripada wanita itu selama beberapa bulan.

Mangsa, Jee Ick-joo, 50-an, eksekutif sebuah syarikat industri berat Korea Selatan di Filipina hilang dari rumahnya di Angeles, dekat sini, Oktober lalu dan isterinya membayar wang tebusan lima juta peso (RM444,550).

Menurut jurucakap polis, Dionardo Carlos, mangsa sebenarnya dicekik hingga mati dan mayatnya dibakar di sebuah pusat pembakaran mayat sehari selepas diculik.

Pusat pembakaran mayat itu milik seorang bekas anggota polis Filipina.

Media Filipina melaporkan, mangsa bekerja dengan syarikat pembekal tenaga kerja di Filipina sejak 2008.

Menurut Carlos, seorang daripada anggota polis itu, Ricky Santa Isabel, yang ke rumah mangsa dan menculiknya, menyerah diri minggu ini.

Dua lagi polis yang pergi bersamanya sedang disiasat dan ketiga-tiga mereka dari Jabatan Narkotik Polis di ibu pejabat polis Filipina di Manila.

Beliau berkata, seorang bekas polis juga terbabit dalam kejadian itu, namun sudah melarikan diri ke Kanada.

Mereka menuntut wang tebusan lapan juta peso (RM714,208) daripada isteri Jee pada 30 Oktober lalu, iaitu 12 hari selepas mangsa dibunuh.


Menurut laporan Philippine Daily Inquirer, wanita itu membayar lima juta peso, namun penculik menuntut 4.5 juta peso lagi (RM402,000). 

Tiada ulasan:

Jalan ke Klang Bandar Diraja ‘memalukan’

BILA sebut Klang, ia sinonim dengan gelaran Klang Bandar Diraja. Kalau di Selangor, Klang satu-satunya bandar yang kaya dengan pelbagai j...